Negara gempar dengan beberapa tragedi. Semalam, adinda Sultan Pahang meinggal dunia akibat ditetak anak sendiri. Hari ini, seorang selebriti tersohor dan juga "senior" (Old Boy) alma mater ku, meninggal dunia akibat terkena serangan jantung. Sangat mengejutkan. Rebah di kawasan awam. Di hadapan anak tercinta. Sunggh tragis. Aku terpempan, terkasima dan insaf dengan kejadian ini.
Setiap kejadian kematian yang berlaku adalah satu amaran dan peringatan daripada Allah SWT bahawa setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini dan kembali ke Rahmatullah. Dan setiap manusia tidak akan tahu bila, di mana dan bagaimana dia akan meninggal dunia.
Apa yang penting, seperti catatan aku semalam, kita kena bersedia dan sentiasa bersedia untuk kembali kepada-Nya. Jangan terlalu mencintai dunia, kerana dunia akan kita tinggalkan. Akhirat itu kekal abadi.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali...
Al Fatihah.
--------------------------------------------------------
Hani Mohsin Meninggal Dunia Serangan Jantung
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Hani Mohsin, pelakon dan hos program TV Roda Impian, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang Selasa.
Hani, 41, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 10 pagi ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Star dalam perjalanannya ke Langkawi, demikian menurut Yasin Hamid, penerbit eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan oleh Alhayarham.Selepas terjatuh, beliau dibawa ke klinik di terminal itu tetapi disahkan meninggal dunia.
Jenazah beliau telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di No 9, Jalan Kelab Ukay, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini.Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) Dr Mahadi J. Murat memberitahu Bernama bahawa FDAM akan membantu menguruskan jenazah Hani Mohsin, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu.
Para anggota keluarga terdekat Allahyarham di Perlis dan Perak, yang telah dimaklumkan mengenai berita ini, sedang dalam perjalanan ke rumah Allahyarham.Ramai sahabat handai dan wakil media kelihatan berada di kediaman Allahyarham.
Mahadi berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Mukim Hulu Klang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang selepas solat Asar.-- BERNAMA
Catatan terdahulu :
http://mymegazine.blogspot.com/2006/02/iktibar-atas-kembalinya-ke-rahmatullah.html

Comments
Aku amat-amat memahami dan pernah mengalami senario tersebut. Semalaman tidak tidur (tidur sekejap dan tak lena) menemani Gemulah Ayahanda di Hospital USM Kubang Kerian, yang tidak sedarkan diri setelah diserang sakit jantung begitu menginsafkan aku dan menyayat hati. Aku tahu ayahanda tak lama lagi akan dipanggil mengadap Ilahi. Namun, melihatkan keadaan beliau yang hanya bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, aku rasa sebak dan simpati. Dan di saat rohnya keluar dari jasad, tubuh mula sejuk dan kaku, tiada respons, tiada nafas dihela, denyutan nadi terhenti... maka di saat itulah (that split second moment), kita mengetahui bahawa dia sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Melihat gambar Hani mengucup jenazah sebelum ditutup dan dimakamkan, adalah saat yang cukup sebak. Aku pun tak dapat menahan air mataku dari mengalir deras, mengenang aku juga mengucup jenazah ayahanda tatkala tok imam memberitahu:
inilah kali terakhir anda semua melihat wajah Allahyarham, tataplah puas2, kucuplah puas2, selepas ini kita akan bertemu di akhirat...
Terbayang sekiranya aku berada di tempat Allahyarham Hani Mohsin... dan anak2 aku menyaksikan pemergianku dari mereka...
Aku sentiasa berdoa agar pemergianku suatu hari nanti tidak terlalu mengejutkan seperti ini...
Dan air mataku terus mengalir deras...