Kumpulan A
Germany VS Poland - Germany dijangka tidak mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan kedua dan menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat di pusingan kedua. Walaupun nampak bias kerana ia pasukan kegemaran aku, tetapi kekuatan Germany yang selesa di "home soil" tidak dapat dinafikan. Kembalinya Ballack ke dalam kesebelasan utama akan menambah sengat dan semangat pasukan. Jangkaan: Germany menang 3-0
Ecuador VS Costa Rica - Satu pertembungan yang dijangka sengit. Ecuador ingin mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan kedua, manakala Costa Rica ingin bangkit dari kekalahan lalu. Jangkaan: Ecuador menang 2-1
Kumpulan B
England VS Trinidad & Tobago - Ini memang satu pertembungan hebat! Kalau England tidak mengubah prestasi mereka, silap-silap T&T akan mencipta upset terhebat! Wan Rani (Wayne Rooney) dijangka akan diturunkan. Aku ramal seri 1-1.
Sweden VS Paraguay - Lagi satu perlawanan menarik bagi memulih imej dan semangat. Sweden ingin menebus aib seri dengan T&T, manakala Paraguay pula ingin memadamkan memori pahit kecundang gol sendiri di tangan England. Aku ramal Sweden menang 2-1, dan Paraguay terpaksa menempah tiket awal untuk pulang.
Kumpulan C
Argentina VS Serbia & Montenegro - Perlawanan diramal sengit. Argentina masih berkelebihan. Ramalan: Argentina menang 2-1.
Ivory Coast VS Holland - Perlawanan yang ditunggu-tunggu. Aku mesti tengok. Yang ini aku tak berani ramal. Peluang 50-50.
Kumpulan D
Mexico VS Angola - Mexico dijangka akan terus menunjukkan belang mereka. Akan tetapi, Angola bukanlah Iran dan aku jangkakan saingan mesti sengit. Mungkin Mexico menang tipis 1-0.
Portugal VS Iran - Portugal akan terus menjadi pilihan. Namun, Iran juga bagaikan singa yang luka, cuba untuk memberikan tentangan hebat. Portugal dijangka menang 2-0.
Kumpulan E
Italy VS USA - Itali akan cuba memperkukuhkan kedudukan sebagai pasukan pilihan dan cuba mengikut rakan lain melangkah awal ke pusingan kedua. Aku jangka Itali menang 2-0.
Republic Czech VS Ghana - Jika diimbas prestasi dalam perlawanan pertama, Republic Czech dijangka tiada masalah membenam cabaran Ghana. Namun "dark horse" ini akan pasti cuba memberikan saingan sengit. Republic Czech diramalkan menang 2-0.
Kumpulan F
Brazil VS Australia - Ini merupakan pertembungan terhebat dalam kumpulan ini. Kedua-dua pasukan sudah mencatat kemenangan, sekiranya meraih kemenangan kedua, satu kaki sudah melangkah ke pusingan kedua. Ramalan: Seri 2-2.
Jepun VS Croatia - Jepun bakal bangkit seperti bangkitnya mereka selepas Hiroshima dibom oleh pihak Amerika. Croatia juga akan mencari suntikan semangat dan kemenangan sahaja yang mesti diraih oleh mereka. Perlawanan bakal sengit. Ramalan: Jepun menang 2-1
Kumpulan G
France VS Korea - Ini merupakan pertembungan penting lagi hebat dalam Kumpulan G. France ingin menebus kekecewaan seri perlawanan pertama dengan kemenangan moral. Korea pula ingin melakar sejarah sebagai pendahulu kumpulan, dan melangkahkan sebelah kaki ke pusingan kedua dengan kemenangan kedua. Aku jangka: Seri 2-2
Togo VS Switzerland - Kedua-dua pasukan ini dahagakan kemenangan bagi mencerahkan peluang ke pusingan kedua. Aku jangkakan saingan sengit, tetapi "instinct" aku mengatakan akan terjadi "upset" seperti dalam Kumpulan E. Togo diramal menang 1-0.
Kumpulan H
Spain VS Tunisia - Spain sebagai pasukan pilihan dijangka tiada masalah untuk membenam cabaran Tunisia. Namun demikian, mereka tidak boleh terlalu yakin kerana Tunisia mampu memberikan kejutan. Ramalan: Spain menang 3-1.
Arab Saudi VS Ukraine - Ini merupakan pertemuan penting bagi mencerahkan peluang kedua-dua pasukan ke pusingan kedua. Ukraine memerlukan kemenangan sulung selepas kecewa di tangan Spain. Arab Saudi pula juga ingin menebus kekecewaan seri dalam perlawanan pertama. Aku jangkakan Arab Saudi menang 2-1.
SEGMEN TRIVIA - Pusingan akhir Piala Dunia 1998 di Perancis mencatat jumlah 37 bilion penonton, termasuk 1.3 bilion yang menyaksikan perlawanan akhir antara tuan rumah bertemu Brazil. Lebih 2.7 juta menonton 64 perlawanan di Perancis.

Comments
Germany 1 Poland 0
- Nasib baik menang! Aku ingatkan seri dah tadi. Perlawanan memang sengit dan Poland bermain bermati-matian untuk meraih satu mata pencetus semangat. Germany banyak mencipta peluang, tapi penyudah pula kurang sengatnya. Nasib baik Neuville jadi penyelamat di masa kecederaan dengan "trademark sliding goal"... hehehehe... kelass gitu! Tapi aku suka pemain no 22, Odonkor... memang proaktif mengumpan!
Ecuador 3 Costa Rica 0
- Sejarah baru dilakar oleh Ecuador, apabila gagah membenam Costa Rica dan "membelikan tiket pulang" kepada pasukan ini. Perlawanan yang sengit dan pantas, tetapi penyudahan berkesan Ecuador memastikan mereka melangkah ke pusingan kedua dengan bergaya pada penampilan yang kedua di Piala Dunia. Jika mereka terus meningkatkan prestasi, mereka mampu melangkah jauh dan menjadi "dark horse" dalam pusingan kedua.
England 2 Trinidad & Tobago 0
- Aku terlepas menonton perlawanan ini. Dilaporkan ia amat sengit, T&T berjaya mengekang asakan England sehingga minit ke 83 apabila si "galah panjang" - Crouch menjaringkan gol pertamanya dalam "debut" di Piala Dunia 2006. Gerrard dengan tendangan derasnya menyumbang satu lagi jaringan di masa kecederaan bagi memastikan England layak ke pusingan kedua. Wan Rani buat penampilan pertama sebagai "supersub" di separuh masa kedua! Sehingga perlawanan kedua ini, aku masih kurang yakin England akan melangkah jauh... jika mereka tidak tingkatkan prestasi dan penyudah berkesan.
Sweden 1 Paraguay 0
- Sweden lebih bernasib baik apabila Ljungberg dengan hebatnya menjaringkan gol tunggal perlawanan ini bagi memastikan Sweden meraih 3 mata penuh. Aku rasa penyudah Sweden masih tumpul dan perlu dipertajamkan sekiranya mereka ingin meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.
Argentina 6 Serbia & Montenegro 0
- Ganazzz!!! Rampage!!! Itu lah respon aku kepada keputusan perlawanan ini. Argentina berpesta gol dengan bergaya membenam cabaran S&M. Memang permainan yang sempurna, gerakan cantik, penyudah sempurna, apa lagi yang boleh dipuji tentang persembahan Argentina kali ini. Semuanya menjadi. Mereka kini boleh dilabel pasukan pilihan untuk top 4 (semifinalist) Piala Dunia tahun ini.
Ivory Coast 1 Holland 2
- Memang sengit. Ivory Coast tidak bernasib baik dan Holland terus memberikan cabaran berkesan. Namun, itulah resmi bolasepak. Ada menang, ada tewas. Holland yang mendapatkan dua gol awal hebat diasak Ivory Coast separuh masa kedua. Namun mereka gagah bertahan. And the best team win!
Mexico 0 Angola 0
- Too much hype about Mexico. Namun perlawanan ini amat sengit lagi sukar. Penyudah kurang sempurna, kedua-dua pasukan tidak bernasib baik.
Portugal 2 Iran 0
- Walaupun menang, ia tidak semudah yang disangkakan. Iran berjaya memberikan saingan sengit. Portugal berhempas pulas mencatat kemenangan.
KEDUA-DUA UPSET!
Italy 1 USA 1
- Hampeh punya Itali! Sememangnya memilih jalan berliku. Gol dua-dua dijaringkan oleh pemain Itali (masuk gol orang dan juga gol sendiri... hehehehe). Namun pujian harus diberikan pada USA yang mempamer kebangkitan dan daya juang tinggi setelah kecundang perlawanan pertama. Saingan kini terbuka.
Republic Czech 0 Ghana 2
- Keputusan paling "upset" kali ini! Tak disangka prestasi pasukan ranking kedua dunia menjunam dan ditenggelamkan semangat juang tinggi pasukan Ghana. Lain yang dijangka, lain keputusannya. Namun itulah adat permainan.
Brazil 2 Australia 0
- Aku tidak menonton perlawanan ini, walau bagaimana pun laporan menyatakan bahawa saingan sengit. Namun, Brazil unggul dengan penyudahan terbaik dengan pilihan penggempur selain Ronaldo, Robinho dan Ronaldinho, Adriano dan Fred mampu menyumbang. Australia masih berpeluang ke pusingan kedua sekiranya menang atau seri dalam perlawanan terakhir.
Jepun 0 Croatia 0
- Agak membosankan kerana tidak banyak gerakan merbahaya dan penyudah yang tumpul. Croatia terlepas peluang keemasan apabila sepakan penalti berjaya ditampan penjaga gawang Jepun. Selain daripada itu, masing2 lebih defensif dan mengharapkan lawan melakukan kesilapan untuk dihukum dengan serangan balas atau penyudahan mudah. Jepun akan menghadapi kesukaran dalam perlawanan ketiga kerana terpaksa bertemu Brazil.
France 1 Korea 1
- France memilih jalan berliku. Badi 2002 masih menghantui. Korea pula seperti biasa bersemangat tinggi dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Togo 0 Switzerland 2
- Togo terlalu fancy dan bergantung pada skill individu. Kurang gerakan terancang, hanya bergantung pada serangan balas. Switzerland pula bermain bijak dengan pantas, serta memanfaatkan peluang di depan mata. They deserved to win.
Kumpulan H
Spain 3 Tunisia 1
- Spain bangkit dari ketinggalan 0-1 dengan tiga gol dalam separuh masa kedua. Kekuatan penyudah dan serangan tajam memberi kelebihan pada Spain.
Arab Saudi 0 Ukraine 4
- Arab Saudi semacam serba tak kena,manakala Ukraine bagai singa kelaparan, ganaz membaham mangsa.