Iktibar atas kembalinya ke Rahmatullah...

Malam ini aku dikejutkan dengan berita sedih... sepupuku yang berumur dalam lingkungan 40an, telah meninggal dunia secara mengejut petang tadi, khabarnya terjatuh, pengsan lalu terus meninggal dunia selepas bermain bolasepak mewakili jabatannya dalam suatu pertandingan di Kemaman, Terengganu.

Walaupun kita tidak dapat menolak hakikat setiap manusia yang hidup mesti akan kembali kepada Allah SWT, cara dan bagaimana kita pergi pada-Nya itu membuatkan aku insaf seketika.

Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini adalah, amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan, tak kira tua atau muda, dan apabila mendengar berita kematian, ia terus mengingatkan kita bahawa satu hari nanti kita juga akan kembali kepada-nya... Adakah kita telah bersedia?

Al Fatihah kepada Allahyarham Abg Man...

Comments