Pada akhir tahun 2019, manusia merasa optimistik dengan 2020. Wawasan 2020 diraikan. Satu tahun yang dijangka akan menjadi tahun perayaan, celebration, ke dekad baru.
Namun langit tidak cerah sehingga ke petang... mendung kelam, semakin gelap dan menenggelamkan sinar sang mentari...
Wabak Coronavirus merobah segala-galanya. Dunia menjadi kelam kabut dan kacau bilau. Ekonomi merudum. Hubungan dan interaksi fizikal manusia semakin terhakis. Dunia Internet menjadi medan terbaru untuk manusia meneruskan kelangsungan hidup, bekerja, berniaga dan berkomunikasi. Manusia terperuk di rumah, bekerja secara maya. Mereka yang biasa keluar negara atas pelbagai urusan terpaksa menangguhkan aktiviti ini kerana sempadan ditutup dan semakin susah untuk merentas negara dengan pelbagai peraturan bagi mengekang penularan wabak ini.
Dalam kita meniti sisa-sisa 2020, masih adakah harapan untuk dunia kembali kepada normal pada tahun 2021? Adakah sang mentari akan kembali bersinar?
Sama-sama lah kita doakan yang terbaik untuk 2021.

Comments