Catatan 7 Mei 2020 - Malaysia masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO).
FASA 1 : 18 March - 31 March
FASA 2 : 1 April - 14 April
FASA 3 : 15 April - 28 April
FASA 4 : 29 April - 3 Mei
FASA 5 : 4 Mei - 12 Mei (PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)
Pencapaian setakat ini :
- PKP FASA 1-3 berjaya meratakan lengkungan (flatten the curve) jangkitan atau penyebaran virus Covid-19.
- Pengurangan bilangan kes kumulatif
- Peningkatan pesakit yang telah sembuh
- Kawalan ketat kluster yang diketahui punca wabak
- Majoriti rakyat Malaysia mematuhi peraturan #dudukdirumah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendekatan pertama membabitkan ketegasan (resolve) dalam tindakan mengawal penularan wabak COVID-19 seperti menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, pendekatan kedua ialah untuk membina ketahanan (resilience) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN untuk meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi.
"Ketiga, menjana semula atau 'restart' ekonomi secara teratur dan terkawal.
"Keempat, melaksanakan strategi pemulihan atau 'recovery' ekonomi dalam menghadapi normal baharu.
"Kelima, memperkasa atau 'revitalise' ekonomi secara menyeluruh demi kelangsungan masa hadapan dan keenam, menyusun semula atau 'reform' struktur ekonomi untuk membolehkan negara dan saudara-saudari semua melangkah ke era kehidupan yang sudah berubah dengan adanya 'normal baharu'," katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.
Ekonomi perlu dihidupkan atau dijana semula bagi memastikan :
- Rakyat kembali bekerja dan memperolehi pendapatan;
- Syarikat kembali beroperasi dan meraih perolehan;
- Kilang-kilang boleh mengeluarkan produk untuk rakyat dan eksport;
- Kedai-kedai beroperasi bagi memenuhi keperluan rakyat; dan
- Kerajaan boleh menjana hasil bagi membiayai pakej rangsangan ekonomi.
Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT agar wabak ini dapat ditangani dengan agresif, terkawal dan akan berakhir secepat mungkin.

Comments