Covid-19 : Transformation to new norm, new world order


Memasuki April 2020. Wabak Covid-19 semakin mengganas dan merebak ke seluruh dunia. Sehingga catatan ini ditulis, bilangan kes yang dilaporkan telah melepasi 1 juta (kira-kira 1.1 juta kes dengan hampir 25% daripadanya dikesan di Amerika Syarikat. Kematian sebanyak 61,000, iaitu 5.4 peratus daripada jumlah kes yang dicatatkan. 

Negara-negara atau wilayah/benua yang berpopulasi tinggi seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, China, Iran, Korea Selatan, Indonesia, Filipina mengalami peningkatan kes yang mendadak. 

Manakala negara kita Malaysia masih mencatatkan peningkatan kes, namun kadar pertumbuhan masih kecil, kematian juga rendah dan peratus mereka yang sembuh meningkat. Kita cuba sedaya upaya mengawal wabak ini daripada terus menular dan membarah di negeri kita yang tidak sebesar negara/benua lain.

Namun catatan ini lebih suka melihat ke hadapan, meramalkan "order" baru dunia (new world order) atau norma baru (new norm) yang sedang dan akan mendominasi cara gaya hidup (lifestyle) dan cara bekerja, berinteraksi dan bersosial. 

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memberikan "hint" bahawa 6 bulan - 1 tahun akan datang, norma sosial dan interaksi manusia akan berubah. Justeru, pengamatan dan ramalan aku adalah seperti berikut :

1. "Social distancing" (penjarakan sosial) akan menjadi teras utama;

2. Acara, majlis yang berskala besar, melibatkan khalayak yang besar, seperti acara sukan, ekspo, majlis perkahwinan, hatta perhimpunan berteraskan agama juga akan terkesan. Sama ada tidak dilaksanakan atau dilaksanakan pada skala kecil.

3. Mesyuarat, pertemuan akan lebih diadakan secara "telesidang" (teleconference) atau "sidang video" (video conference). Penganjuran "Webinar" (seminar melalui web - atas talian) juga akan menjadi norma baru.

4. Sektor yang diramalkan akan menjadi nadi pertumbuhan baru adalah sektor kesihatan, makanan & minuman, keselamatan (security), teknologi maklumat & komunikasi, logistik dan perusahaan yang menjadi sebahagian daripada ekosistem setiap sektor itu akan berkembang pesat.

5. Sektor pelancongan, perjalanan (tourism, traveling) menjadi sesuatu yang "luxury" or last choice of lifestyle. Ekosistem meliputi pengangkutan, perhotelan, perkhidmatan sokongan, hospitaliti akan terjejas.

6. Lebih banyak kapal terbang akan digunakan sebagai pengangkutan utama kargo berbanding pengangkutan laut. Lebih cepat, excessive supply of planes, harga minyak masih murah, low demand for passenger traveling.

7. Ekonomi global dijangka merudum ke arah kemelesetan (global recession), akan "hit the rock bottom" (paras terendah) sebelum kembali naik ke paras normal. Jutaan syarikat akan gulung tikar, mungkin ratusan juta akan kehilangan pekerjaan, semasa ekonomi sedang merudum, sistem jaringan sosial perlu diperkemaskan. Kerajaan terpaksa bekerja keras.

8. Kelakuan (perangai) manusia juga akan berubah. Ada yang insaf, ada yang mungkin hilang kewarasan akal (lost sanity), ada yang terkesan dengan masalah ekonomi, sosial, hubungan kekeluargaan, kasih sayang, dan lain-lain. Mungkin perkhidmatan psikologi sosial amat diperlukan. Mungkin ramai yang akan kembali kepada agama untuk mencari kedamaian dan ketenangan jiwa.

9. Persoalan dalam Islam - adakah ini petanda bahawa dunia akan menghampiri penghujungnya? Wallahu alam.  

Kajian oleh McKinsey:





KESIMPULAN

The Big RESET BUTTON will be happening. Bila? Hanya masa akan menentukan. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Pasca Covid-19, dunia mungkin akan menjadi lebih "bersih" daripada kekotoran dan ketamakan manusia yang berlumba-lumba mengejar pembangunan, kemakmuran ekonomi. Syarikat yang korup dan tiada asas kukuh pasti akan terkubur tanpa nisan. Kerajaan juga akan mempunyai halatuju baru untuk pembangunan negara dan rakyat. Manakala rakyat marhaen akan berlumba-lumba menyelamatkan diri dan memastikan "survival" mereka di dunia, mahukan keselamatan dan memenuhi 3 keperluan asas - makanan, pakaian dan tempat tinggal. 

  4 April 2020, 10.25 malam.

Comments