Dapat wake up call, bangun terus makan cereal (cocoa crunch or honey stars?)...

Mendapat inspirasi daripada catatan blog seorang sahabat baik, saya pun nak juga mencoret dengan perkara tajuk di atas... :P
(being cynical)

Memetik kembali cetusanku di dindingnya...

I wish I can chart my plan mcm tu, lebih bebas dan lebih gembira dlm meniti sisa2 kehidupan bila dah masuk 4 series nanti. My ideal dreams actually is to be rich and self sustained for the whole family sampai mati, and at the same time I want to get involved and devoted my energy to charity work, kerja2 kebajikan, membantu insan yg susah dan memerlukan, sebab my experience working at NGO dulu amat menarik dan berguna. Kita kalau buat kerja yang baik dan tujuan utama tolong orang keluar dr kepompong kemiskinan, kurangkan kesusahan, gembirakan yg berduka, maka kerja kita automatically dapat ganjaran pahala jika niat kita ikhlas. Setiap langkah kita dari awal pagi sampai malam, akan mendapat pahala. Setiap sen yg kita belanja dan laburkan akan dapat berkat. Rezeki yg kita suapkan pada anak isteri / suami akan lebih bersih dan berkat. Imej kita sebagai manusia (hablum minannas) akan lebih positif dan dipandang mulia oleh masyarakat. Saya nak berbakti, menabur bakti pada masyarakat. Masih ramai rakyat Malaysia, terutama sanak saudara saya memerlukan bantuan untuk mereka hidup, mencari sesuap nasi dan membiayai belanja kesihatan bila ditimpa musibah sakit. 

Berdasarkan secebis pengalaman selama 2 tahun di dalam beberapa gerak kerja pertubuhan sukarela (NGO or NPO), aku merasakan bahawa idea di atas adalah amat menarik dan perlu diberi perhatian. Adakah aku bersedia untuk mengejar impian hidup yang ideal itu? Adakah aku akan diberi rezeki dan kesihatan tubuh badan yang terbaik untuk berjuang di landasan "hablum minallah wa hablum minannas"? Adakah aku akan diberikan kelapangan dan peluang untuk aku menelusuri jalan baru yang penuh warna warni dan bukan jalan yang selesa seperti PLUS Highway atau US Freeways?

Bukannya mudah untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu diri pastinya akan mempengaruhi agar kekal di dalam zon selesa dan seronok seperti sekarang. Kesenangan dan kemewahan dunia pastinya akan mengaburi mata dan minda. Tarikan ekonomi yang memberikan pulangan lumayan pastinya membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur dan mahu kekal bersemayam di atas kerusi empuk ini, tampuk kekuasaan yang mutlak dan tiada batasan.

Aku berdoa pada Allah SWT agar diberi kekuatan, diberikan kelapangan dan diberikan peluang terbaik untuk aku mengejar impian hidup... aku ingin berbakti. Aku ingin mendedikasikan hidup untuk melakukan amal kebajikan, setiap langkah yang aku ambil, setiap nafas yang kuhela, setiap sen yang kubelanjakan, setiap titik peluh yang menitis, semuanya akan berzikir pada-Mu ya Allah.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah.


Comments

pak wan said…
Insyaallah tu.. stay kerja tu pun satu ibadah jugak tu.. membantu ekonomi and eksport usahawan muslim for example.. me think like that too...

else stay in the organization, tujuan memperkasakan ekonomi Negara membangunkan Malaysia.. semua ada pahala tu insyaallah...

think semua perjalanan kita perhaps lalu cabang2 berlainan.. insyallah semua ada benefits tu.. perhaps like myself takleh stay on longer w this org, but I am aiming to still help entreprenuers insyaallah.. perhaps from student stage, niat ada jugak nak buat portal, ebook usahawan.. but tu la masa mencemburui.. niat ada, implementasi tu belum tentu heheh...

huhu nasib baik dua2 cocoa crunch n honey stars saya suke :)
Shahrulmiza said…
Hehehe... I don't want to comment further. Suffice to say, you have valid points to ponder upon. Mcm konsep fardu kifayah, kalau org lain tak buat, kita wajib buat utk manfaat seluruh ummah. :D

Saya suka cornflakes sebenarnya... tu yg mcm nak terjun dr kapal... hahahaha.. :P