Catatan Ramadhan 1434H - 06 : 7 Fenomena di Hari2 Terakhir Ramadhan

1. Fokus pada beribadah semakin berkurangan kerana masa dan tenaga ditumpukan pada membuat persiapan raya. Adakah kita kekal konsisten seperti permulaan Ramadhan?

2. Ramai orang cuba mencari Lailatul Qadar tetapi tidak ramai yang menemuinya.

3. Kalau mula2 solat tarawih lengkap 20+3, kali ini sekadar 8+3 ataupun skip terus kerana kesibukan membuat persiapan Aidilfitri.

4. Banyak tragedi berlaku di jalan/lebuh raya. Pastinya ada berita sedih.

5. Lagu2 Hari Raya Aidilfitri membangkitkan kesyahduan dan nostalgia. 

6. Bazar Ramadhan kian lengang dan ramai peniaga tutup kedai.

7. Kawasan Masjid India/Jalan TAR semakin sibuk dengan orang ramai membeli belah di saat akhir.

Comments