Hari ini 15 Ramadhan 1434 H. Kita akan melewati separuh fasa bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Perkara yang paling penting yang harus direnungi kini - adakah kita kekal istiqamah dalam ibadah, perlakuan dan dispilin diri yang telah dipupuk semenjak 1 Ramadhan?
Marilah kita sama2 bertanya pada diri sendiri, adakah kita masih kekal istiqamah? Sebagai contoh, di awal Ramadhan kita rajin ke masjid untuk berjemaah dan bertarawih. Namun apabila tiba pertengahan dan penghujung Ramadhan, kita dah mula leka dan "skip" aktiviti ini, dengan pelbagai alasan.
Banyak lagi aktiviti lain yang boleh disenaraikan di sini. Bagi aku, cukuplah satu contoh yang jelas di atas sebagai ilustrasi. Bukan mudah mengekalkan rekod kejayaan dan konsisten dalam perbuatan. Ia memerlukan kecekalan hati dan kegigihan yang tinggi.
Masih belum terlambat untuk berubah sekiranya kita tersasar dari perjalanan ini. Kita kena sentiasa mengingatkan diri tentang hakikat sebenar ibadah puasa Ramadhan. Teruskan berusaha dan berdoa. Insya-Allah kita akan berjaya.

Comments