Catatan Ramadhan 1434H - 01 : Rindu Malaysia

Apabila aku belek2 catatan lama, I found out bulan Ramadhan ni adalah masa di mana aku agak produktif dalam membuat catatan di dalam blog. Seronok juga baca catatan lama, tak sangka aku boleh menukilkan buah fikiran mencakupi pelbagai topik, sama ada agama, ekonomi, sosial yang bertemakan Ramadhan. Kebanyakannya adalah "my personal opinion/reaction based on observations". Jauh perjalananan, luas pandangan, banyak pengalaman dapat ditimba.

Namun demikian, disebabkan jauh perjalanan lah maka aku jadi rindu pada Malaysia, terutamanya juadah berbuka puasa yang hanya diperolehi semasa bulan Ramadhan. Aku titipkan two of them as below. These are my favourite dishes. Must be authentic from Kelantan. Simple but superb dishes. :P

(Credit photo : Ery Rahim)


Kuih Nekbat (Nikbat atau Nekbaque) - light n sweet, dibuat daripada tepung beras dan telur dan di"sira" dengan air gula bercampur pewarna kuning (oren) dan daun pandan +cengkih, enak dimakan setelah didinginkan.


Ketupat sotong - stuffed beras pulut dalam sotong yang gemuk dan besar, di"sira" dengan kuah santan dicampur "nissan" (bukan kereta tetapi gula melaka) dan daun pandan. Perghhh!!! Nyakut kata oghe Kelate.. :P

Jangan "kelih" (tengok) lama2! :P
Selamat berpuasa! :D

Comments

pak wan said…
huhu org dok pata timu pun leleh tgk lama2.. huhu..
Shahrulmiza said…
Hehehe... saja le buat pengubat rindu... :P