Bulan Mei 2010 mempunyai beberapa kejutan, dan lebih bertemakan "farewell". Pertama, MO yang cukup berdedikasi, penuh motivasi dan memiliki kemahiran interpersonal berkualiti serta bijak mencari maklumat telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan untuk berhijrah ke Kanada, pada penghujung bulan ini. Kedua, Presiden (de-facto Ambassador) juga akan menamatkan kontrak perkhidmatannya pada awal Jun nanti. Ketiga, salah seorang rakan seperjuangan dan mentor "otai" (Pengarah Pelaburan) juga akan mengakhiri kontrak perkhidmatan pada pertengahan bulan Jun ini. Pemergian ketiga-tiga pegawai yang "iconic" ini adalah satu kehilangan yang signifikan kepada MFTC. Mereka memiliki karisma, ketokohan dan kekuatan tersendiri.
Bertolak dari sini, aku dapat lihat dan sedar bahawa "human capital" (modal insan) adalah sesuatu yang amat penting dalam dunia yang begitu kompetitif ini. Hanya mereka yang bijak, berpengetahuan, berkemahiran, bersikap proaktif dan berani ke hadapan menempuh cabaran akan dapat meraih kejayaan dan pencapaian gemilang.
Pemergian mereka ini telah memberikan satu keinsafan padaku lantas menyuntik semangat baru agar meneruskan saki baki perjuangan di bumi Taiwan ini dengan sasaran "flying colours" ke arah "wrapping up the work". Sama seperti apa yang telah aku tinggalkan semasa bertugas di Pulau Pinang, aku ingin meninggalkan legasi yang baik serta berguna kepada "successor" selepas ini. Kita harus arkibkan perihal silam, mencipta senario baru serta menetapkan piawaian berdasarkan landskap semasa dunia perdagangan dan perniagaan. Banyak perkara telah berubah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. It was such a tough time, with lots of learning pointers to ponder upon.
Akhir kalam, ucapan "zai jian" kepada ketiga-tiga rakan seperjuangan yang telah menabur bakti di bumi Taiwan ini. All the best!
NOTA KAKI:
- MO = Marketing Officer
- MFTC = Malaysian Friendship & Trade Centre
Comments