Begitu pantas masa berlalu. Setelah berhempas pulas dan bertungkus lumus dalam menjayakan penganjuran TIM Taiwan 2009, Alhamdulillah aku boleh menarik nafas lega dan berehat sejenak sebelum menyambut lebaran yang bakal menjelang.
Bagi aku, Ramadhan kali ini memang penuh mencabar dan tidak dapat aku hayati dan penuhi dengan amal ibadah. Namun aku sempat mencuri kesempatan untuk bermunajat ke hadrat-Nya, dan memastikan ibadah puasa masih terus dilaksanakan walaupun kesibukan menggamit setiap ketika.
Walau apa pun, aku bersyukur ke hadrat-Nya kerana segala yang dirancang berjalan lancar dan mendapat rahmat, keberkatan dan inayah daripada Allah SWT.
Alhamdulillah.

Comments