Setiapkali aku meletakkan gambar pesawat 747-400 sedang terbang di awan biru, maknanya ia menandakan ada insan yang telah meninggalkan bumi Taiwan untuk kembali ke Malaysia. Pesawat MH95 yang bertolak 3 kali seminggu dari TPE-KUL meluncur deras membelah langit tepat jam 7.36 pagi, awal 4 minit daripada waktu perlepasan asal iaitu 0740 HRS pada hari ini, 2 Mac 2009.Kali ini, aku mengucapkan "cai cien" kepada En Suffian Malik dan Puan Enchom Mohamed yang "back for good" setelah hampir 5 tahun berada di Taiwan kerana tugasan rasmi. Apa yang menarik, En Suffian adalah Pengurus Kawasan bagi Pejabat MAS Taiwan. Beliau berpengalaman luas lebih suku abad berada di luar negara untuk mengibarkan bendera Malaysia dan memastikan imej MAS terus unggul di persada udara antarabangsa.
En Suffian dan Pn N telah kami anggap sebagai ahli keluarga sendiri. Walaupun perbezaan umur yang jauh sehinggakan kami ibarat sebagai "bapak-mak-anak", namun kami menghormati mereka sebagai "orang lama" (otai) yang penuh 'wisdom' dan perspektif tersendiri dalam melayari kehidupan di luar negara. Kami rapat dan berkongsi beberapa hobi seperti berbasikal, picnic dan teman FB.
Kadang-kadang, En Suffian suka menyakat dan sinikal pada aku, namun aku seronok melayan kerenah dia. Kalau lepak bersama tak pernah sekejap, dan ada sahaja topik menarik yang kami bualkan bersama. Kadang2 seperti kawan, kadang2 seperti bapak-anak.
Aku banyak belajar daripada En Suffian dan Pn N. Pengalaman hidup sama ada pahit ataupun manis, dan tidak dapat diperolehi/dibaca daripada mana2 buku teks mahupun autobiografi. They are such a lovely couple, dan aku mengkagumi kasih sayang mereka sebagai pasangan hidup berdua dan hidup jauh dari anak-anak dan menantu, sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia.
En Suffian juga lebih ICT-savvy daripada aku, walaupun umurnya sudah melebihi setengah abad. Dengan iPhone dan pelbagai aplikasi ICT yang diperkenalkan pada aku, aku kagum dengan minat dan pengetahuan yang mendalam.
Setelah menamatkan tugasannya di Taipei, En Suffian kini menerima "assignment" baru di Kuching, Sarawak. Aku berharap dapat berkunjung ke Sarawak untuk bertemu dengan beliau sekeluarga. Wishing him all the best. We gonna miss you! Cai Cien!
Comments