
Aku ingin menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada semua pihak yang mengutuk tindakan tentera Israel menyerang rakyat Palestin di semenanjung Gaza dan membunuh ramai insan yang tak bersalah. Aku berdoa ke hadrat Allah agar kekejaman ini segera dihentikan demi keamanan serta kesejahteraan sejagat.
Comments
Tiap-tiap minggu semayang jumaat ratusan masjid seluruh negara mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara palestin. In fact, dah puluhan tahun doa ni diteruskan. Tapi sampai sekarang masih di takuk lama. Kenapa agaknya ya?
Doa merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh setiap umat Islam bagi memohon sesuatu. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui hikmah di sebaliknya. Mcm kita mintak kerja di zaman ekonomi gawat, hantar resume bukan main banyak kepada mcm2 syarikat, tapi tak semua respons/berminat dengan kita, ada ketikanya semua permohonan kita ditolak. Jadi, kita kena muhasabah diri, i.e. adakah kita yang memohon doa ini masih ada kekurangan / cacat cela dalam amal usaha kita, sehinggakan doa kita tidak dimakbulkan... ini sekadar cetusan pandangan aku yang tak sempurna dan masih ada salah dan silap... Wallahulalam...
Berbalik kepada muhasabah, ia juga perlu dilakukan dari peringkat individu, unit keluarga, komuniti masyarakat setempat dan khalayak rakyat jelata, serta seluruh umat Islam di dunia. Masing2 kena berada dalam satu landasan yang sama, keinsafan yang sama, dan bergerak sama2 ke arah matlamat/tujuan yang sama... what say u?
It's not a matter of who's getting the right answer or not. It's an issue of getting to a common understanding and focus towards the same objective...