Luahan emosi - Rasa bengang kepada rakan seperjuangan

Aku ingin meluahkan perasaan bengang dan tidak puas hati terhadap seorang rakan seperjuangan di ibu pejabat yang seringkali menyakitkan hati dan perasaan. Setiapkali menelefon aku di sini, ada sahaja perkara yang dicakapkannya yang membuat aku rasa bengang dan jengkel.

Aku tak faham apa masalah dia dengan aku. Rasanya aku dah buat habis baik dengan dia. Aku hormati dia sebagai pegawai yang lebih berusia daripada aku. Aku hormati dia sebagai seorang yang berpengalaman sebagai TC (hint nih... hehehehe)

Aku cuba untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin, tapi dia seakan "make the job difficult for me". He seems to make me learn the hard way as he was used to be. He seems wanted me to bend on my knees, worshipping him as a guru. Dia aje yang betul. Apa yang aku cakap, buat, semuanya tak kena.

I don't know why this happened to me. Aku tak tahu apa persepsi pegawai lain, other superiors pada aku. Aku tak tahu apa fitnah dan cerita yang kurang manis yang mungkin diceritakan olehnya kepada aku. Ada beberapa kali dia seakan mengugut aku apabila berkata - "if you make my job difficult, i will not cover you..." sudah terdetik niat dia untuk menabur pasir dalam periuk nasi aku.

Aku bukan gilakan penghormatan, bukan gilakan sanjungan, bukan nak orang panggil Tuan TC... tetapi kita bekerja dalam satu pasukan, dalam satu perjuangan (sebab itu aku panggil rakan seperjuangan), berkhidmat untuk negara, maka kita perlu sama2 berkongsi maklumat, berbincang, bertukar pandangan, support each other, guide each other, be a helping hand, sometimes go extra mile... dan yang paling penting, hati dan perasaan orang kena jaga beb... semua orang ada hati dan perasaan. Bukannya main "redah" aje, berlagak bagus (kalau bagus, takpelah jugak) dan tak nak dibawak berbincang, tak berfikiran terbuka, dan sinikal.

Aku nampak komunikasi antara aku dengan "superiors" seakan ada "barricades". Sebagai contoh, apabila arahan kerja datang, TKE(PKP) kata lain, Pengarah kata lain, Pengurus Kanan kata lain, Pengurus kata lain, Pegawai kata lain. Lalu, kerja menjadi caca marba. Input/maklumat terpaksa dibuat 3 kali! Separuh bulan Januari 2009 dihabiskan hanya dengan menyediakan laporan yang akan menjadi bahan sejarah dan dimasukkan ke dalam arkib EDMS. Jika disiarkan, hanya "mereka dan kaum kerabat mereka" sahaja yang dapat kredit. Aku tak gila kredit. I don't give a damn on the credit. Aku memenangi pejabat perdagangan terbaik di Taiwan pada tahun 2007 pun, aku tak bolot semua kredit. Aku kongsi dengan semua orang, seluruh organisasi, malah "rakan seperjuangan" aku ini pun ada sahamnya ke atas kejayaan tersebut.

I'm not saying I'm a good person, excellent worker, professional, etc. Aku juga ada kelemahan dan kekurangan. Aku sedang memperbaiki kelemahan dan kekurangan aku sebagai TC. Aku rasa aku masih tak perfom the best as a TC. I'm not the best and outstanding TC. Aku masih rookie yang dahagakan ilmu dan pengalaman. Adalah halangan dan kekangan yang aku hadapi, dan aku cuba sedaya upaya untuk mengatasinya. But the bottom line, I'm not having a vacation in Taipei. I'm working in Taipei. I'm improving every single aspects of this office, operations, tasks of being a TC, personal growth & development, improving relationships with many people on the ground and finally promoting Malaysia as Taiwan's major trading partners.

Jika orang bertanyakan apakah antara kenangan pahit semasa bertugas sebagai TC Taipei?

My answer simply will be - the desk officer was sucks!

Hahahahahaha....

Comments

Faisal said…
Cool bro, that's life.. tak selalu kite dapat ape yang kite nak.. itu lah cabaran namenye.. heheh.. yang penting kite buat kerja kite, simpan segala bukti yang ada tunjuk kita buat kerja.. manalah tau kot2 berguna di kemudian hari :)
Anonymous said…
jarang kedengaran rintihan dari TC Taipei...;p this must be bad...;p

but you know who you are, what you can be, what you can do... people know and fcuk others who doesn't..;p

but if all else fails, gimme his name and i can block his access to the office!!! muahaahhahaha ;p
Anonymous said…
Kerja ofis biasa la. Saya tak rasa mengwarwarkan di blog ni satu contoh akhlak yang baik. Nabi dulu menyiarkan di khalayak ramai ke berkaitan musuh-musuh yang menyusahkan dia?
Shahrulmiza said…
Thanks for all comments and empathy. Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing2. Bagi aku, ia hanya sekadar luahan emosi peribadi. Sila lihat tajuk sekali lagi. Hanyalah satu luahan emosi. Aku menjadikan blog satu medium peribadi untuk meluahkan rasa dalaman yang membuak2 dalam diri.

Faisal... Hidup memang ada cabaran. Tidak lengkap kehidupan tanpa cabaran. Bagi menghadapi cabaran, kita kena bekerja keras, di samping ikhlas dalam apa yang kita kerjakan. Thanks for the comments.

Ezz... semua TC ada masalah masing2. Tiada TC yang sempurna dan tip top 100 percent. But I don't want to share his name, although I don't like his attitude. Itu memang sifat dia yang kita terpaksa hadapi dan tempuhi. Manusia ni memang mcm2 ragam.

Anonymous, welcome back! Thanks for the views. U're right. It's an excellent choice to use "Nabi" as role model. That's one of the differences btw me and "Nabi". Kalau tidak, I can claim myself as 'nabi"... ops... nanti dituduh menyebar ajaran sesat pulak... I'm not a prophet! :D
Anonymous said…
im totally agree with anonymous. Opps... anonymous.. boleh kita geng??
Shahrulmiza said…
Another anonymous? Hehehehe... Sukahati koranglah... :P