Aku ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan "all the best" kepada 44th President of The United States of America, Barack Hussein Obama. Semoga apa yang diperjuangkan dan dijanjikan sepanjang kempen beliau tahun lepas dapat dilaksanakan. Diharapkan President Obama dapat mengubah landskap dan imej USA sebagai negara yang lebih baik di dunia, ke arah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. Terpancar segunung harapan di wajah setiap warga USA semasa siaran langsung "Inauguration Ceremony" pada 20 Januari 2009. Tepat 12.00 tengahari (pukul 1 pagi waktu Taipei), secara "constitutional" Obama menjadi Presiden USA yang ke-44.http://www.barackobama.com
Comments