2008 - Sebuah Lipatan Kenangan (Bhg 3)

- SAMBUNGAN -

CATATAN DUKA

Abang Am (abang ipar) aku telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Ogos 2008. Aku menerima banyak juga berita pemergian insan2 yang kukenali dan juga saudara mara/sahabat handai terdekat mereka ke Rahmatullah. Terakhir sebelum penutup 2008, kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar. Al Fatihah kepada semua yang telah kembali ke hadrat-Nya. Tidak dilupakan, ayahandaku (4 tahun lepas) dan Ummi Che Kamariah (tahun lepas).

RANGKUMAN PERISTIWA MENARIK 2008

Jan - Ramai tokoh dan kenalan meninggal dunia bulan ini. Tertarik dengan aksi Jo-Wilfred Tsonga dalam Australian Open. Motivasi tinggi, semangat kental dan aksi melawan cukup memikat hatiku.

Feb - Musim sejuk masih terasa. Tidak banyak aktiviti kerana bulan ini adalah 'holiday season' di Taiwan (sambutan Tahun Baru Cina). Sempat jalan2 ke Yehliu.

Mac - Pilihanraya Umum ke-12 Malaysia, juga Pilihanraya Umum Taiwan. Suara rakyat (Makkal Sakhti) bergema. People has decided to choose their 'wakil rakyat'. Big bosses datang ke Taiwan, one after another... rupa2nya ada agenda tersendiri.

Apr - Menghadiri APEC SMEWG Meeting di Kaohsiung. Satu pengalaman menarik. More occupied with work. Lawatan, pameran dan juga delegasi datang ke Taiwan.

Mei - Mula join Facebook... and addicted... hehehehe... Paling menarik - menjadi pegawai pengiring kepada Raja Perempuan Kelantan. What an experience! One of the best trip (mengiringi delegasi pegawai Kerajaan Negeri Kelantan) di Taiwan. Memang jadi 'translator' (terasa mcm di negeri sendiri)... hehehehe... Murah rezeki. Hasil penat lelah jaga "boss"...

Jun - The peak of work. Food Taipei 2008, Alhamdulillah berlangsung dengan baik dan achieved good result. Dua otai (Mr Shahril dan Mr Victor) back for good to Malaysia. Harga petroleum dunia naik mendadak. Malaysia juga terkena "kejutan" ini...

Jul - Summer time (with typhoons, earthquakes). Dah jadi lali dengan bencana alam nih. Kemelut politik Malaysia makin membarah. Kehidupan rakyat makin teruk kerana harga barang meningkat.

Ogo - 080808. Beijing Olympics melakar catatan gemilang. Genap setahun depart to Taiwan. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Penuh dengan drama, sensasi dan panass... Anwar kembali ke arena politik sebagai ketua pembangkang. Menyambut merdeka dengan sederhana tapi bergaya.

Sep - Genap setahun sebagai TC Taipei. Ramadhan menjengahkan diri. Typhoon sehari sebelum raya. Menyambut Aidilfitri secara sederhana tapi meriah di Taipei. Sambutan rasmi di rumah aku. Mula heboh kes Melamin melibatkan produk Malaysia di Taiwan. Aku terpaksa in "stand-by mode". Mengambil keputusan berani issue press statement untuk menenangkan keadaan.

Okt - Peak of melamine issue. Reports, monitoring, tak putus2. Namun begitu, another milestone of life : bertemu dan bergambar dengan Presiden Taiwan ROC, Ma Ying-Jeou. Menerima anugerah pejabat perdagangan terbaik di Taiwan oleh Niab Presiden Taiwan ROC, Vincent Siew. Glamer seround.

Nov - Kembali ke tanahair sempena INTRADE 2008. Catching up with families, friends, colleagues and past memories. Too many things to do in 9 days. Demam dan selsema membantutkan selera makan. Malaysia panass... hehehehe... Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Dis - Bulan tersibuk dengan pelbagai aktiviti hujung tahun. Laporan demi laporan. Merancang untuk 2009. Alhamdulillah isteri mendapat kelulusan "teleworking".

- TAMMAT - (sengaja ditulis begitu)

Comments