2008 - Sebuah Lipatan Kenangan (Bhg 1)

MUKADDIMAH

Tahun 2008 merupakan tahun yang penuh dengan warna warni , serta memori. Penuh peristiwa pahit, manis dan pelbagai rasa. Tahun yang berlalu seperti "roller coaster" - pantas, naik, turun, mendebarkan, mengujakan.... Ini merupakan kesimpulan awal aku terhadap segala yang berlaku dalam tahun 2008.

Walau bagaimana pun, kita harus belajar dari tahun 2008. Kecemerlangan dan kejayaan harus terus diraih dan dikekalkan. Kelemahan dan kekurangan perlu diperbaiki serta dikurangkan, menuju ke arah kesempurnaan dan pencapaian tahap tertinggi.

We always go for the better and continuous improvement.
And we should also focus for the future.

EKONOMI

Ekonomi dunia dalam tahun 2008 dalam keadaan baik pada separuh tahun pertama, sehingga bermulanya krisis sektor perumahan, kewangan di Amerika Syarikat. Harga petroleum dunia melambung tinggi, menyebabkan ledakan inflasi seluruh dunia. Kemudian, pilihanraya AS dan kelembapan ekonomi dunia - krisis sektor kewangan dan automotif, menyebabkan seluruh perjalanan aktiviti ekonomi dan perdagangan terencat. Namun demikian, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan berkembang dengan kadar digit berganda dua (double digit growth) sama ada eksport mahupun import. Kira-kira 70 peratus daripada produk yang diperdagangkan adalah barangan komoditi dan komponen/separa siap. Aku memerhatikan bahawa sekiranya perdagangan luar Taiwan berkembang, maka perdagangan dua hala dengan Malaysia juga akan mengikut trend yang sama. Mulai suku tahun ketiga 2008, ekonomi dan perdagangan Taiwan mula perlahan dan menguncup dalam bulan November.
Ekonomi dunia pada tahun 2009 akan berada dalam keadaan suram dan kelam. Namun, inilah masanya untuk mengstruktur semula fokus ekonomi, menyusun strategi, mengintai peluang dan merebutnya pada tahun-tahun seterusnya.

- BERSAMBUNG -

Comments