
Aku baru sahaja pulang ke tanahair baru-baru ini kerana tugas serta mengambil kesempatan bercuti mengunjungi ibu, keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Kota Bharu, Kelantan masih seperti dahulu, dan semakin membangun. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang nampak merencatkan aktiviti ekonomi rakyat di Kota Bharu. Musim cuti sekolah telah bermula, namun tidak ramai pula pelancong tempatan mahupun dari luar yang berkunjung ke Kelantan.
Kembai ke kampung halaman memang dinanti-nantikan. Tambahan pula rumah ibuku kini yang baru sahaja menjalani pengubahsuaian di dapur dan ruang tepi, menjadikan ia lebih luas, lapang dan selesa. Gembira bertemu ibu tercinta, kakak, abang dan seluruh ahli keluarga berkumpul bersama dan bersembang panjang. Jiran tetangga juga turut serta. Suasana menjadi meriah.
Comments