Pertengahan Ramadhan

SUMBER FOTO : AFP
Menghampiri pertengahan Ramadhan.

Beberapa hari lepas merupakan saat yang membuatkan aku sibuk lebih daripada kebiasaan. Nampaknya nama Taiwan begitu gah sekarang di kaca mata warga Malaysia, dan juga seluruh dunia yang memerhati. Aku tak mahu komen atau bercerita lebih lanjut di sini, kerana aku tidak mahu menjadi salah satu lagi blog2 yang panas membicarakan senario terkini politik negara. Apa yang aku boleh nyatakan, sebagai warga Malaysia yang bermastautin di Taipei, tempiasnya turut mengenai diriku. Namun, aku menganggapnya sebagai salah satu rencah yang menarik dalam tugasan aku di sini, dan aku bertindak se'profesional' mungkin dengan matlamat yang ikhlas - untuk agama, bangsa dan negara.

Selain daripada itu, tuntutan tugasan sedia ada juga tidak berkurangan di bulan Ramadhan ini. Work as usual. Walaupun begitu, Ramadhan terus dihayati dengan penuh semangat dan pengisian di waktu selang, agar keberkatan dan rahmatnya akan terus dikecapi.

Minggu ini juga dipenuhi bencana alam. Gempa bumi sekuat 6.1 pada skala richter melanda Taiwan pada 10 September, manakala Taufan Sinlaku pula menjengahkan diri pada hujung minggu. Kalau tak silap ingatan aku, ini kali ketiga taufan yang serius datang ke Taiwan. Sinlaku yang bermaksud "goddess" dalam bahasa Micronesia, membawa hujan lebat dan angin kencang daripada Jumaat sehingga Ahad. Ia sedikit sebanyak merencatkan kemeriahan sambutan cuti Mid Autumn Festival pada 14 September.

Fuhhh... seminggu yang penuh warna warni dalam rangkuman. Selamat menunaikan ibadah puasa!

Comments

Anonymous said…
Salam,

Saya akan ke chengdu 21-26 sept 2008 nanti, selamat ker kat sana ek? rasa bedebar bila dengar gempa2 bumi ni
Shahrulmiza said…
Salam Ain,

Chengdu terletak di Tanah Besar China, manakala Taiwan adalah sebuah pulau bersebelahan Tanah Besar China.

Kalau Ain nak maklumat lanjut tentang Chengdu, sila hantarkan e-mel kepada saya (shahrulmiza@yahoo.com). Saya akan minta tolong rakan di sana.

TQ for visiting my blog.