
1 Syawal 1429 telah menjelang. Umat Islam di bumi Taiwan telah menyambut Aidilfitri pada hari ini, 30 September 2008, mengikut sambutan di negara Arab Saudi dan UAE. Manakala umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada 1 Oktober 2008. Ini merupakan kali kedua aku menyambut Hari Raya di Taiwan. Dan kali kedua beraya lebih awal daripada di tanahair.
Sambutan tahun ini nampak sederhana, namun tidak semeriah tahun lepas. Di masjid Taipei contohnya, tiada khemah didirikan di luar masjid, walaupun umat Islam berbondong-bondong datang memeriahkan perhimpunan pagi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah raya. Ini mungkin disebabkan keadaan cuaca yang tidak berapa baik (sehari selepas typhoon Jangmi), ekonomi semasa yang tidak baik, sambutan raya pada hari bekerja serta ramai juga yang pulang ke kampung halaman. Namun keceriaan tetap dirasakan, dan masing2 bersalaman memohon kemaafan dan mengucapkan selamat menyambut Syawal setelah sebulan berjaya menunaikan ibadah puasa.
Bagi aku, work as usual. Ada beberapa perkara perlu dibereskan hari ini. Tambahan lagi, isu "melamine" dalam produk makanan di Taiwan perlu aku pantau dengan teliti, dan melaporkan setiap perkembangan ke Malaysia. Untukmu Malaysia. Keranamu Malaysia.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Dari jauh kupohon maaf.
Comments