1 Ramadhan 1429H dijangka akan disambut pada hari Isnin, 1 September 2008. Pada tahun ini, insya-Allah Ramadhan akan disambut bersekali antara Taiwan dan Malaysia. Lazimnya, Taiwan akan mengikut amalan dan ketetapan daripada Arab Saudi. Pengumuman biasanya akan diketahui seawal jam 1 pagi (waktu tempatan).
Tahun ini, secara kebetulan 1 Ramadhan bersamaan 1 September. Genap setahun tugasan rasmi di Taipei. Aku menyifatkan Ramadhan kali ini sebagai masa yang terbaik untuk muhasabah dan meningkatkan kekuatan diri, catching up and reflecting of the past and planning for the future. Ramadhan juga masa terbaik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan meluaskan pandangan/persepsi/horizon. Aku berdoa agar aku sekeluarga dapat menempuh Ramadhan 1429H ini dengan penuh kekuatan jasmani dan rohani, serta meraih limpahan keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
Selamat menunaikan ibadah puasa!

Comments