Beijing Olympics 2008 - A Spectacular Opening Ceremony!

SOURCE: Beijing Olympics Website

What a spectacular opening ceremony for Beijing Olympics 2008! Colourful, modern, sophisticated, well coordinated, well rehearsed, beyond imagination, vibrant... lots of descriptive words can describe how the event was organized and took place.

Walaupun hanya menonton siaran secara langsung di kaca TV, namun kehebatan dan kemeriahan sukan terbesar di dunia ini juga dirasai di Taiwan. Kontinjen Taiwan yang dinamakan "Chinese Taipei" berarak megah dengan sorakan warga penonton yang gembira, sukan ini merapatkan pelbagai bangsa, kaum, agama, warganegara, walaupun berlainan ideologi politik.

Kontinjen Malaysia juga dengan Baju Melayu lengkap (Lelaki) dan Baju Kurung (Wanita) berwarna kuning oren dan hitam (warna Harimau Malaya) juga berbaris megah di kalangan lebih 200 negara yang bertanding.

Tahniah kepada negara PRC dan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan! Malaysia Boleh!


Comments