Persepsi (Perception) - Bhg. II

Sambungan semalam...

Terima kasih kepada sahabatku yang memberikan maklumbalas positif dan bersetuju dengan prinsip idea aku secara amnya (in general principle).

Selain daripada aspek penjenamaan, aku juga ingin menyentuh aspek penampilan dan tatalaku, serta cara/gaya bekerja. Ini juga penting bagi menampakkan imej yang baik, positif dan membawa tanggapan baik kepada orang lain. Gaya percakapan, kemahiran berunding, membuat tindakan susulan juga amat penting bagi memberikan persepsi baik kepada pihak lain.

Contohnya, seseorang ahli perniagaan perlu menunjukkan perwatakan dan penampilan yang terbaik semasa bertemu dengan bakal pelanggan. This is to create the best first impression, and build trust on the customer's mind. Positive perception is very important. Di Taiwan, kebanyakan perniagaan dijalankan berdasarkan kepercayaan dan hubungan yang baik. Bagi membina kepercayaan dan hubungan perniagaan yang baik ini, maka persepsi yang positif dan meyakinkan perlu diberi penekanan serius.

Sekiranya anda ingin berurusan dengan ahli perniagaan dari Taiwan, creating positive impression and perception is essential. Dalam kata lain, ahli perniagaan dari Malaysia perlu menunjukkan imej dan penampilan terbaik bagi membina persepsi awal yang positif pada bakal rakan perniagaan dari Taiwan.

Seringkali aku menerima maklumbalas daripada komuniti perniagaan di sini menyatakan bahawa mereka telah melihat beberapa sifat negatif di kalangan ahli perniagaan dari Malaysia. Sebagai contoh, apabila menghantar e-mel pertanyaan perniagaan, ia tidak dibalas. Apabila berurusan, banyak kesukaran dihadapi. Ada pengeksport dari Malaysia mengenakan pelbagai bayaran/kos tambahan yang keterlaluan kepada pengimport dari Taiwan. Ada pula yang menghantar produk yang telah luput tarikh, rosak dan rendah kualiti. Apabila ada komplen, mereka tidak mahu menggantikan produk yang rosak. Tidak mahu memberi after sales service. Ada yang menipu pembeli setelah menerima bayaran pendahuluan, terus "menghilangkan diri"! Banyak lagilah contoh2 yang boleh aku nyatakan.

Ini semua telah mewujudkan satu persepsi yang negatif kepada komuniti pengeksport dan pedagang dari Malaysia. Aku sebagai pegawai di sini bertanggungjawab memperbetulkan keadaan dan memberikan penerangan sewajarnya agar persepsi negatif seperti ini tidak ditanam di dalam minda ahli-ahli perniagaan di sini.

Terdapat juga kes2 sebaliknya. Aku bukan menyalahkan warga pedagang dan pengeksport Malaysia semata-mata, kerana ada juga kes-kes yang sama melibatkan ahli perniagaan di Taiwan. Bak kata pepatah, dalam sebakul buah itu pasti ada yang rosak atau berulat. Tak kiralah buah dari Malaysia, mahupun dari Taiwan. Ia adalah lumrah alam.

Ini adalah satu lagi dimensi cetusan idea aku tentang persepsi (perception)...

Bersambung...

Comments