Pagi tadi, semasa tengah menulis e-mel kepada rakan di ibu pejabat, satu gegaran kecil dirasakan di pejabat aku. Meja bergoyang, siling bagaikan nak runtuh dan aku merasa seperti dalam buaian selama 15 saat.
Aku dah tak tahu untuk kali ke berapa kah aku merasa gempa bumi semenjak hampir setahun bermukim di Taiwan ini. Kalau tak silap catatan, paling kurang 5 kali gegaran (yang dirasa), tidak termasuk gegaran kecil yang tak dirasa.
Menurut Taiwan Central Bureau, sekurang-kurangnya satu gegaran dilaporkan setiap minggu di Taiwan. Gegaran pagi ini berpusat di East Keelung direkodkan pada magnitud 5.1 pada skala richter. Ini merupakan gegaran ke-51 dikesan pada tahun ini.
Apa perasaan? Aku rasa seperti seorang Taiwanese. Alah bisa tegal biasa. Walaupun begitu, kita kena sentiasa ingat pada Allah SWT kerana ini semua adalah ketentuan-Nya. Selepas solat jumaat tadi hujan selebat-lebatnya membasahi bumi Taipei. Inilah cuaca zaman sekarang. Pagi panas, gempa bumi, tengahari hujan lebat, malam tak tahu apa pula keadaannya...

Comments