TIFS 2008 - Taipei International Food Show 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada 18-21 Jun 2008 bertempat di Taipei World Trade Centre Nangang Exhibition Hall. Malaysia turut sama dalam pameran tersebut dengan mendirikan sebuah "country pavilion" dengan penyertaan 11 syarikat dan sebuah kaunter penerangan MATRADE. Antara aktiviti promosi yang dijalankan adalah promosi beberapa jenis makanan Malaysia seperti kari ayam, sate ayam, jelatah, sagu gula melaka dan bakuteh. Kuih tradisi seperti kuih lapis, cucur badak, karipap, pulut inti, kuih bakar dan kuih cara juga dipromosikan dan mendapat sambutan hangat oleh para pelawat, terutamanya orang Taiwan.
Dalam pameran tersebut, Malaysia berjaya meraih jualan berpotensi mencecah RM3 juta ringgit, termasuk jualan terus kira-kira RM100,000. Sebanyak 150 pertanyaan perdagangan telah diterima dan 80 sesi pertemuan perniagaan telah berlangsung.
Lawatan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Taiwan ke Pavilion Malaysia
Terkejut jugak kami menerima lawatan daripada seorang menteri semasa hari perasmian pameran tersebut. Dia suka dengan kuih lapis Malaysia.
Happening : Pelawat pada hari terakhir "menyerbu" TIFS 2008 untuk mendapatkan "good bargains"
Bengkel Halal Journal : Penceramah dan penganjur bersama
Secara keseluruhannya, walaupun memenatkan, tapi aku rasa syukur dan gembira dengan kelancaran projek sulung aku sebagai TC di sini. We have a great team. Booth design mendapat pujian daripada syarikat2 Malaysia, rata2 mereka mendapat manfaat dari segi bertemu dengan bakal pembeli dan pengguna, publisiti yang diterima begitu meluas (kira glamer seround), dan yang paling best, nama Malaysia mengharum di Taiwan. Harapan kami, Malaysia akan terus menjadi destinasi pelancongan, lokasi pelaburan dan rakan dagangan pilihan utama Taiwan. Insya-Allah.
Comments