Selamat Hari Pekerja!

1 Mei adalah Hari Pekerja yang disambut seluruh dunia. Kebanyakan negara menjadikan ia satu cuti umum pilihan, termasuk di Taiwan. Namun, kami tidak "observe" cuti umum ini kerana memilih hari cuti lain sebagai ganti.

Bekerja di hari cuti umum ni seronok - tiada gangguan, traffic jam pun tiada, city nampak lengang sedikit. Jadi, boleh lah "concentrate" kepada tugasan yang bertimbun untuk diselesaikan.

Aku juga ingin mengambil kesempatan sempena hari pekerja ini untuk menguatkan azam dan tekad sebagai seorang pekerja, ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja serta sistem penyampaian yang lebih cekap dan berkesan kepada klien secara total.

Selamat bekerja dan kepada yang bercuti, selamat berehat! ;-)

Comments