Orkid Taiwan


Orkid Taiwan - satu manifestasi kemajuan penyelidikan dan pembangunan oleh warga negara ini. Mereka telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan baka terbaik, memiliki kualiti dan kecantikan yang mengkagumkan.



Bagi aku yang bukanlah minat sangat pada bunga orkid, terasa kekaguman dan terpesona dengan kecantikan orkid-orkid dari Taiwan. Pelbagai bentuk, kombinasi warna dan tekstur kelopak yang cukup lembut... ada juga yang memiliki wangian yang nyaman dan harum...



Walau apa pun, ini semua adalah secebis daripada kejadian Allah dan keindahan yang datang daripada-Nya... Enjoy the beauty!

NOTA: Lawatan ke Kings Car Biotechnology Ltd, I-lan - pusat pembangunan dan penternakan orkid dan akuakultur termoden di Taiwan.

Comments