
Aku telah berpeluang untuk menghadiri 26th Meeting of the APEC SMEWG, sebuah mesyuarat bertaraf antarabangsa yang diadakan pada 2-4 April 2008, bertempat di bandaraya Kaohsiung, Taiwan (atau dipanggil Chinese Taipei member economy).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil2 daripada 19 buah ahli ekonomi (termasuk tuan rumah), serta beberapa wakil badan2 antarabangsa yang bernaung di bawah APEC. Pembentangan dan perbincangan dijalankan selama 3 hari, diselangi dengan beberapa acara selingan untuk merapatkan jaringan sesama ahli ekonomi.

Malaysia diwakili oleh delegasi seramai 8 orang (termasuk aku). Aku tidak melibatkan diri dalam perbincangan. Cuma, aku lebih bertindak sebagai pemerhati dan memberikan khidmat sokongan kepada delegasi Malaysia yang datang ke Kaohsiung ini. Delegasi dari organisasi aku seramai 2 orang yang melibatkan diri dalam perbincangan dan pembentangan dalam mesyuarat tersebut.
Apa yang aku menarik untuk diperhatikan dalam mesyuarat bilateral seperti ini adalah kaedah mesyuarat dijalankan, agenda yang disusun, sistem dokumentasi, modus operandi perbincangan dan sumbangsaran, kaedah mencapai konsensus dan penetapan agenda bertindak ke hadapan.
Mesyuarat seperti ini memang bersifat teknikal dan kadangkala membosankan apabila setiap ahli cuba bercakap dalam gaya dan strategi masing2, untuk mengetengah dan mempertahankan hujah mereka. Memang menarik melihat caragaya masing2, ada yang kritikal, ada yang sinikal, ada yang suka bercakap, ada yang tidak suka bercakap, ada yang memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang amat fasih (ahli ekonomi dari English speaking countries).
Satu lagi yang menarik adalah kemudahan "laptop" peribadi dengan kemudahan capaian Internet kepada semua ahli mesyuarat, sama ada delegasi utama atau pemerhati seperti aku. Jadi, tidaklah bosan sangat melayan dan memerhati perbincangan mereka yang kadangkala "meleret"... dan boleh membuatkan mereka yang tidak sabar, tidur terutamanya di waktu petang... hehehehehe...
Sambil memerhati, boleh menyelesaikan kerja2 tertunggak di pejabat (virtual office), dan juga sempat "update blog"! Hehehehehe....
Bagi aku, pengalaman menyertai mesyuarat seperti ini amat berharga dan sukar untuk dilupakan. Banyak yang aku belajar dari segi pengurusan logistik sesuatu acara, dan melihat bagaimana Taiwan menguruskan acara secara profesional dan kemudahan logistik yang hebat, membuatkan aku kagum dengan kehebatan mereka mengaplikasikan teknologi yang mereka miliki untuk menjayakan sebuah acara bertaraf antarabangsa seperti ini.
Comments