Winter in Taipei



Pemandangan pada suatu petang di bandaraya Taipei. Hujan yang turun seharian menyebabkan lalulintas menjadi sesak, terutamanya semasa waktu puncak. Ini merupakan senario biasa di dalam musim sejuk ini yang dijangka akan berakhir pada akhir bulan Februari.

Di Taipei, musim sejuk menyaksikan hujan yang turun bagaikan tidak mahu berhenti. Ia menjadikan suasana terasa dingin, lembap dan kelam. Kadang-kadang nak kerja rasa malas... Hehehehe...

Di dalam pejabat, suasana lebih sejuk, walaupun penyaman udara diselaraskan pada suhu yang paling "panas"... terpaksa pakai "heater".

Warga Taiwan sedang bersiap sedia untuk bercuti panjang bagi menyambut Tahun Baru Cina. Dalam kalendar Cina, tahun 2008 adalah bersamaan dengan tahun 1997 pada kalendar mereka. Tahun ini adalah tahun tikus. Tak pasti pula apa kelebihan tahun tikus ini, kerana bagi orang Cina, setiap tahun ada signifikannya tersendiri.

Akan tetapi, adalah penting dalam kita memahami budaya dan cara kerja bangsa Cina, mereka mempunyai kepercayaan dan pantang larang yang cukup menarik. Sebagai bangsa yang mula mewujudkan tamadun di dunia, evolusi bangsa Cina sebenarnya menarik untuk dikaji. Aku ada membaca beberapa buku bagi meluaskan kefahaman tentang mereka ini. Apa yang baik, kita jadikan tauladan, yang tidak baik jadikan sempadan...

Dan hujan diramal akan terus turun, turun bersama suhu yang puratanya 10-15 darjah setiap hari di Taipei ini.... It is the winter time....

Comments

Bawang Goreng said…
Salam,

I've always hated winter, but I love autumn very much. Reason being, my skin will get very dry (and itchy) caused by heater! Likewise autumn, temperature is just nice and scenery of red 'momiji' (maple) is superb!
Shahrulmiza said…
Salam,

Thanks for dropping by again. Well, every season has its own plus and minus points... just cherish the moments... ;-)