Aku menyertai lawatan "familiarization" bersama Presiden baru Malaysian Friendship and Trade Centre Taipei dan rakan-rakan dari Bahagian lain ke Pingtung dan Kaohsiung. Objektif utama lawatan ini adalah untuk meninjau Pingtung dan Kaohsiung dengan lebih dekat di samping bertemu warga Malaysia yang kebanyakannya menuntut di sana. Bagi aku, lawatan ini digunakan bagi meninjau keadaan dan potensi pasaran di kedua-dua bandar ini serta bertemu dengan pengimport/ahli perniagaan di Kaohsiung.
Lawatan selama 2 hari pada 6-7 Disember 2007 itu mempunyai jadual yang agak padat, namun masa digunakan sepenuhnya untuk mengumpul maklumat, membuat tinjauan, berbincang dan bertukar pandangan dengan pihak berkenaan.
Secara keseluruhannya, lawatan ini memberikan aku pengalaman yang cukup berharga dan meningkatkan keyakinan serta kebolehan aku sebagai TC di Taiwan ini. Alhamdulillah.
Gambar lain: http://geocities.com/shahrulmiza/blog/index.html
Comments