100 Days in Taiwan...

Exactly 100 days in Taiwan: on 4 December 2007
100 days as TC in Taipei : on 9 December 2007
As of today... 110 days in Taiwan, and 105 days as TC...

Orang selalu bertanya, apa pencapaian, apa yang telah dilakukan dalam masa 100 hari anda berada di sesuatu tempat, melaksanakan sesuatu tugasan, atau berada di kedudukan / jawatan yang dipegang sekarang?

Dulu, ramai orang, hatta media juga membuat analisis tentang pencapaian dan kejayaan 100 hari Pak Lah sebagai seorang PM...

Pentingkah 100 hari? Kenapa 100 hari? Apakah signifikan 100 hari dalam budaya masyarakat di Malaysia atau bangsa Malaysia?

Apabila aku mencari-cari dalam Internet, banyak juga dapatan/penemuan (findings) tentang signifikannya 100 hari kepada manusia. Tapi aku gagal menemui jawapan kepada persoalan aku tadi, kenapa 100 hari...

Mungkin, 100 hari merupakan satu tempoh yang tidak terlalu lama, dan tidak terlalu singkat dalam mengukur pencapaian dan kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang/tugasan yang dijalankan. Angka 100 adalah angka paling mudah diingati, paling mudah diukur (peratusan yang sempurna adalah 100; i.e. 100 peratus), skor sempurna dalam peperiksaan dalah 100 markah/peratus, dll lagi signifikan terhadap manusia.

Berbalik kepada perkara tajuk, bagi aku, 100 hari di Taiwan secara keseluruhannya merupakan satu pengalaman baru yang cukup menarik dan sukar untuk dilupakan. Sama ada pengalaman peribadi, pengalaman bersama orang lain, pengalaman bersama masyarakat, alam sekitar (persekitaran), pengalaman psikologi, pengalaman di alam nyata dan di alam maya, semuanya terakam di dalam kotak fikiranku ini. Ada sesetengahnya kucatatkan di sini, ada sebahagiannya lagi aku simpan sahaja di dalam memori ini, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi.

Namun, memandang ke hadapan, dengan tahun 2008 yang bakal menjelang kira-kira 17 hari sahaja lagi daripada tarikh catatan ini, aku merasakan bahawa banyak perkara yang perlu aku belajar, rancang dan laksanakan. Tidak ketinggalan, refleksi juga perlu dibuat kepada tahun 2007, belajar daripada kesilapan, perbetulkan kelemahan, dan bangkit sebagai insan yang lebih kuat jiwanya, sifatnya dan semangatnya untuk terus kekal bersaing dalam dunia yang semakin kompetitif ini...

Comments