Mesej Pemimpin : Memperkukuh Keyakinan - Meneroka Era Baru

Ucapan Dasar Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah disampaikan kepada para perwakilan dan pemerhati, sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-58 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

Dalam ucapan dasarnya itu, Pak Lah telah mengimbau pencapaian negara selepas 50 tahun mengecapi kemerdekaan. Dengan fokus utama kepada pembangunan, ia mencakupi aspek ekonomi, politik, agama, perpaduan dan pengukuhan jentera kerajaan.

Di samping itu, Pak Lah juga menyentuh tentang agenda kini - meneroka potensi baru melalui pembangunan wilayah/koridor ekonomi, pembangunan modal insan, membasmi kemiskinan, mengatasi kebimbangan dan mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum, serta langkah ke hadapan (way forward) ke arah pencapaian 50 tahun akan datang - 100 tahun kemerdekaan negara.

Pada pendapat aku, ucapan PM disediakan dengan begitu komprehensif, relevan, semasa dan mencakupi pelbagai isu nasional. Ini bertepatan dengan ciri-ciri yang telah aku gariskan semalam. Apa yang penting, isi dan nasihat yang diberikan perlu diberi perhatian dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Barulah hasrat dan wawasan negara akan tercapai.

Comments