Semalam, aku terlibat dalam menganjurkan kejohanan golf ASEAN ke 56 yang dihoskan oleh Malaysia di Formosa Golf Club, Linkou, Taiwan. Walaupun tidak bermain, aku bertanggungjawab memantau dan memastikan kelicinan gerak kerja sekretariat penganjur bersama seorang lagi rakan, AJ.
Alhamdulillah, kejohanan itu berlangsung dengan lancar, cuma sedikit terlewat daripada jadual. The golfers have a great fun. Aku tang makan rasa seronok. Gembira juga kerana dapat mengeratkan hubungan serta networking dengan rakan sejawatan dan juga rakan2 dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.
Seronok menonton mereka bermain golf di padang. Namun bagi aku, minat untuk join sekali bermain masih lagi rendah. Ini disebabkan beberapa faktor - aku merasakan sukan ini agak mahal dari kos peralatan, bayaran bermain (green fees), keraian, makan minum, dll. Selain dari itu, sukan ini memakan masa (sekurang-kurangnya setengah hari), lokasi lapangan golf yang jauh dari bandaraya dan rumahku.
Bagi aku, masih belum pasti sama ada hendak bermain golf atau tidak. Orang kata, mesti main golf kalau nak networking dengan ahli perniagaan. Pada pendapat aku, ini tidak semestinya begitu. Walaupun tak main golf, tapi masih boleh networking dengan ahli perniagaan di coffee house di lapangan golf, atau melalui acara lain yang lebih sesuai seperti makan malam, acara korporat dan sebagainya.
Malam tadi aku main badminton. Lagi seronok.... hehehehehe...

Comments