Typhoon Krosa telah berlalu. Alhamdulillah. Tiada kejadian yang buruk atau kerosakan yang teruk di Taiwan. Walaupun diberitakan seramai 5 orang terkorban dan banyak kerosakan harta benda awam serta peribadi berlaku di sana sini, secara keseluruhan bencana ini tidak menjejaskan sangat kehidupan secara am di Taiwan ini. Syukur Alhamdulillah sekali lagi. Ini semua kuasa Allah SWT.
Bagi aku, hidup di mana-mana pun akan sentiasa terdedah dengan risiko. Itu adalah asam garam kehidupan. Cuma lain tempat, lain bentuk risiko yang dihadapi. Bencana alam merupakan salah satu di antaranya. Aku menerima segala ketentuan-Nya dengan sabar dan redha. Sentiasa yakin bahawa ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu. Ujian Allah SWT diberikan untuk menguji tahap keimanan, kesabaran dan kekuatan makhluk-Nya dalam menghadapi ujian tersebut...

Comments