Cabaran terbaru di bulan Ramadhan 1428H - Typhoon! (Ribut Taufan)
Malam tadi menerima amaran awal tentang "Typhoon Wipha" yang dijangka melanda Taiwan Utara (termasuk Taipei) pada hari ini (18 September 2007), menyebabkan Kerajaan Negara Taiwan mengumumkan cuti umum kepada semua pejabat/jabatan Kerajaan serta sekolah2 kerana bencana alam yang bakal menimpa.
Sebagai persediaan awal, makanan dicatu, air bersih perlu disimpan, lilin/lampu suluh perlu disediakan, sekiranya bekalan elektrik, air dan lain2 infrastruktur awam terganggu/terputus. Bekalan pakaian dan lain-lain keperluan asas perlu disediakan sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya diperlukan untuk berpindah.
Bencana alam ini seperti banjir yang biasa kualami semasa kecil2 dahulu di Kelantan. Alhamdulillah, walaupun tidak sama jika dibandingkan banjir dengan "typhoon", tetapi persediaan menghadapi bencana alam ini, termasuk aspek psikologi dan pengurusan krisis telah aku lalui dahulu. Insya-Allah, aku berdoa agar bencana alam ini tidak memberikan kesan negatif dan kemusnahan kepada infrastruktur di Taiwan ini. Sama seperti gempa bumi pada minggu lalu, Alhamdulillah tiada kerosakan/kemusnahan terjadi.
Semoga aku dan keluarga terus berada dalam keadaan sihat dan selamat untuk terus menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini...

Comments