Catatan 4 Ramadhan 1428H

Semalam aku berkesempatan berbuka puasa bersama rakan-rakan seperjuangan, rakyat Malaysia yang bekerja di Taiwan. Alhamdulillah kami berbuka dalam suasana sederhana dengan juadah rasa Malaysia tetapi meriah dan penuh penghayatan. Bersolat Maghrib, kemudian Isyak dan Tarawih/Witir beramai-ramai menjadikan suasana Ramadhan di Taiwan seakan berada di negara sendiri. Sedikit sebanyak mengubat lara hati kerana catatan semalam - mengenang suasana berpuasa di kampung halaman.

Dah masuk 3 hari berpuasa, aku dah mula menyesuaikan diri. Cuaca yang tak terlalu panas dan mula memasuki musim luruh menyebabkan ibadah puasa tidak terasa terlalu berat dan membebankan. Alhamdulillah.

Lazimnya, minggu pertama puasa memang terasa lama dan memenatkan. Namun, setelah masuk minggu kedua, ketiga dan seterusnya 10 hari terakhir Ramadhan, terasa masa berlalu begitu sekejap sahaja. Tengoklah nanti.

Comments