Berhujung minggu

Pertama kali menyambut hujung minggu di perantauan...

Rasa sunyi memang terasa. Hujan membasahi bumi Taipei ini membuatkan senario begitu suram dan kelam. Tidak menarik untuk membuat aktiviti di luar - seperti berjalan-jalan, eksplorasi, etc...

Aku mengambil kesempatan untuk berpindah ke kediaman baru di Pei Tou. Walaupun kira-kira 30 minit daripada bandar (menyamai kawasan subang jaya atau puchong), namun keadaan rumah itu begitu baik (selepas pembaikan kecil & ubahsuai).

Kini, aku perlu bersedia untuk memulakan tugas Isnin ini. Aku ada masa sehari lagi untuk berehat dan settle down bersama keluarga...

Comments