Aku seorang TC?

Satu pemandangan (yang real) daripada bilik pejabat aku (di tingkat 10)... pergh... menarik... Kalau tak boleh perform sebagai TC lagi, tak tau lah nak cakap apa... hehehehehe....

Aku seorang TC? Perghh!!! Sungguh sukar untuk aku percaya. Perasaan dan hati ini masih lagi terasa bercampur-campur dalam dagangan sederhana cergas. Nak masuk hari ketiga bertugas secara rasmi, nama pun dah disiarkan dalam laman web... kawan2 dan rakan sejawatan pun ramai yang memberikan ucapan dan kata2 semangat kepada aku. Terima kasih semua, di atas sokongan kalian.

Bukan senang nak memikul tanggungjawab sebagai seorang TC. Di dalam TC Conference yang lalu, ada dinyatakan konsep seorang TC sebagai "juggler" (macam entertainer pulak). "Juggler" dalam erti kata lain, seorang yang cuba melaksanakan pelbagai tugas dan tanggungjawab sama ada hakiki dan bukan hakiki, menguruskan pejabat, melaksanakan program promosi perdagangan, menjadi seorang penjawat awam bertaraf diplomat di luar negara, memelihara hubungan baik dengan negara rakan dagangan, menjadi "spy baba" (nickname yang aku gunakan untuk kerja-kerja risikan & "underground"... hehehe...) dan lain-lain lagi tugas dan tanggungjawab yang terpikul di bahu (kerja "pencacai" dan "parman" pun kena buat jugak)... perghhh...

Sebagai "juggler", kita perlu "get organized". Menyusun gerak kerja mengikut keutamaan (priority) dan melaksanakannya secara sistematik, step by step, teratur, tersusun kemas dan rapi. Pelaporan (reporting) juga perlu diberikan perhatian. Aku tak tahu apa persepsi orang terhadap aku (setiap manusia ada persepsi masing-masing), namun sehingga kini, Alhamdulillah maklumbalas yang diberikan amat positif dan membina. Kekurangan tu pasti ada, tapi mesti ditingkatkan towards achieving the best, for the country (as YBM said). Everything must be done for the country.

Itu keutamaan aku pada masa kini. Dalam proses menyesuaikan diri dengan negara ini, environment secepat mungkin. Pagi ni dah le kehujanan ke ofis (lencun), tapi an interesting experience gained. I was so adventurous this morning, gambling myself finding my own way to the office. Akhirnya aku sampai jua... yeeehaaa!!! Hehehe... :-D

Nota : TC = Trade Commissioner

Comments