CATATAN: 11 September...

Enam tahun lalu, pada tarikh ini, satu tragedi yang dahsyat telah menimpa negara Amerika Syarikat. Tragedi yang begitu popular dengan nama "September 11" ini, sempena tarikh kejadian itu berlaku seakan masih segar dalam ingatan setiap orang.

Antara yang paling signifikan, ialah tragedi runtuhnya dua buah bangunan kembar antara yang tertinggi di dunia. World Trade Centre di New York. Bahana dilanggar dua buah kapal terbang penumpang. Nampak seakan cerita fiksyen di televisyen atau pawagam, tetapi itulah realiti yang terjadi.

Aku tidak mahu bercerita panjang tentang sejarah kejadian tersebut. Banyak yang telah dicatatkan. Cuma apa yang penting, iktibar yang perlu diambil daripada tragedi tersebut. Bukan sekadar kewaspadaan kepada keselamatan masyarakat, bukan sekadar mencegah daripada keganasan, malah yang lebih penting, kepentingan keamanan sejagat. Kerana, jika dunia tidak ditadbir atau diurus secara aman, jika penduduk dunia tidak toleran, memahami dan menghormati budaya, agama dan gaya hidup masing-masing, maka ini lah antara akibat kegagalan kita dalam perkara ini.

Anything bad can happen. Anything harmful can also happen.

Therefore, we must respect each other. We must understand each other. Regardless of nationality, race, gender and religous beliefs, we must live together in peace and harmony. Eliminate racial tensions. Eliminate hatred and injustice.

Inilah mesej kedamaian aku pada 11 September, 2007. Dengan doa dan harapan semoga dunia ini menjadi tempat yang lebih baik, tenteram dan damai untuk manusia dan makhluk ciptaan Allah SWT lain hidup dan "survive", sementara menuju ke alam yang abadi, (hereafter), insya-Allah.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, 1428 Hijrah. Semoga kita diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan soleh lain yang akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.

Comments