Hari Merdeka datang lagi. Ia akan disambut dengan penuh gilang gemilang esok, kerana pada tahun ini genap 50 tahun negara Malaysia merdeka daripada cengkaman penjajahan.
Kali ini, hari merdeka bagi aku begitu berbeza. Berbeza dari segi lokasi, kerana aku akan menyambutnya di perantauan. Tiada perbarisan besar-besaran. Tiada siaran langsung. Tiada liputan berita yang meluas. Tiada kibaran jalur gemilang di merata-rata tempat.
Di Taiwan ini, MFTC akan mengadakan sambutan secara sederhana dengan mengadakan majlis resepsi. Sekurang-kurangnya kami menyambut kemerdekaan bersama semua warga Malaysia di sini. Insya-Allah aku akan menghadirinya, sebagai salah seorang pegawai HBS (Home-based staffs) yang bertugas di sini.

Comments