Hari ini, aku terlibat dalam penganjuran sesi taklimat dan konsultansi bersama TC. Satu lagi platform untuk aku melihat bagaimana setiap TC memberikan taklimat, berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka kepada peserta program. Setiap TC mempunyai gaya dan aura tersendiri. Kemahiran berkomunikasi terserlah di kalangan mereka yang telah memberikan taklimat. Banyak yang aku pelajari daripada mereka ini.
Aku juga sempat menceduk pengalaman sahabat2 aku ini semasa sesi "jalan-jalan cari makan". Ternyata TC begitu mendambakan, rindukan masakan Malaysia. Seronok tengok mereka makan dengan penuh berselera. Kenduri durian sebaik sahaja tiba di lapangan terbang. Pekena nasi kandar pada jam 12 tengah malam dan juga untuk sarapan pagi!!! Hehehehe...
Mungkin aku akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti... hehehehehe...
Tetapi, rata-rata bersetuju dengan kenyataan bahawa TC adalah "unsung heroes". Mereka yang berkorban masa, tenaga, wang dan pelbagai lagi suka dan duka mereka semasa menjalankan tugas sebagai TC. Namun, ada pihak yang tidak menghargai pengorbanan dan dedikasi, perit jerih mereka ini. Apa nak buat...

Comments