Hidup ini penuh dengan cabaran. Baru beberapa hari aku di sini, cabaran datang bertimpa-timpa. Sama ada cabaran di pejabat, mahupun cabaran untuk "settle down" di sini.
Entahlah.... sukar untuk aku nyatakan satu persatu segala permasalahan yang membelenggu diri ini. Namun, ia nampak saling berkait. Susah untuk aku buat kerja sekiranya banyak perkara yang menghalang atau mencabar diri aku dan keluarga aku.
Mungkin ini sesuatu fenomena yang normal bagi setiap TC. Seorang sahabat aku pernah menyatakan, ada TC baru yang tidak tahan dengan cabaran dan ingin kembali ke tanahair. Bagi aku, setelah banyak masa dan wang ringgit telah dibelanjakan, aku tak patut memandang ke belakang. Aku harus memandang ke hadapan. Aku mesti menggagahi diri ini dan membimbing keluarga agar mereka juga dapat "settle down" di Taipei ini.
Aku mesti mencuba, terus berjuang dan jangan mengalah....

Comments