PJK - Perut Jalan Ke Hadapan?
Hehehehehe...
Memang aku daripada dulu lagi bertaraf PJK... dengan badan yang sedikit "gumuks" ini, maka memang selayaknya aku mendapat taraf PJK.... hahahahaha...
Namun, aku terkejut apabila diberitahu bukan setakat aku mendapat PJK secara zahirnya, tetapi secara formalnya juga aku telah dianugerahkan PJK daripada TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang sempena ulangtahun TYT Tun yang ke-69.
Alhamdulillah. Aku bersyukur.
Bagi aku, kerja mesti dilakukan dengan ikhlas. Langsung tidak mengharapkan pingat. Ini semua adalah gelaran/habuan di dunia. Apa yang penting, kerja ini dilakukan dengan jujur, amanah & ikhlas. Aku gembira ia dihargai dan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri. Tak sia-sia pengorbanan aku selama 2 tahun 9 bulan bertugas di Pulau Pinang ini, jauh dari keluarga tercinta. Segala pahit getir, kesusahan dan kedukaan yang kuhadapi selama ini tiada siapa yang nampak. Hanya aku terpaksa gagah dan tabah menghadapinya.
Aku bukannya berlagak atau berbangga dengan catatan ini. Aku cuma bersyukur pada Allah SWT di atas apa yang ditakdirkannya kepada aku. Walaupun aku bukan insan yang sempurna, namun nikmat dan anugerah yang diberikan sedikit sebanyak menaikkan motivasi diri untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang, di samping lebih tabah menghadapi segala cabaran mendatang...
Allahyarham Ayahandaku juga menerima PJK daripada Sultan Kelantan di atas tugasnya yang cemerlang dalam PDRM. Bapak borek, anak rintik.... hehehehe...

PINGAT JASA KEBAKTIAN
Pingat ini dizahirkan pada tahun 1959 dan dikurniakan kepada orang-orang perseorangan yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.
http://www.penang.gov.my/index.php?ch=28&pg=151&ac=172

Comments
wah..wah..wah...bannge sungguh saye mendengarnye..keep up the gud work!