Friday 13th...

Hari ini adalah hari Jumaat, 13 Julai 2007.

Kalau Mat Salleh (orang puteh), mereka amat takut dengan hari ini. Kononnya, Friday 13th (iaitu hari ketigabelas yang jatuh pada hari Jumaat) merupakan hari yang tidak mendatangkan tuah, malah hari ini penuh bala bencana dan perkara yang tak baik akan berlaku pada seseorang ataupun sesuatu benda.

Malah orang Barat telah menerbitkan sebuah filem seram/thriller bertajuk "Friday The 13th" bagi melambangkan "tidak baik" atau "tidak bagus"nya hari ke tigabelas yang jatuh pada hari Jumaat ini.

Bagi kita sebagai orang Islam, ini semua merupakan kepercayaan yang karut atau tahyul. Tujuan aku menulis tentang perkara ini adalah semata-mata sebagai pengetahuan umum dan memahami budaya orang lain, kerana kita hidup berbilang bangsa dan budaya. Itu sahaja. Jangan kita menjadikan budaya ini sebagai budaya bangsa kita.

Maklumat lanjut tentang Friday 13th...
http://en.wikipedia.org/wiki/Friday_the_13th

Comments