Hari ini, aku banyak berinteraksi dengan pelbagai pihak berkenaan dalam persiapan untuk melaksanakan tugasan baru nanti. Nampaknya terlalu banyak perkara yang aku perlu uruskan. Persediaan juga perlu dilakukan dari segi fizikal dan mental sebelum bertolak.
Akhirnya, hampir pasti aku akan bertukar angin ke tempat baru dengan tanggungjawab baru, suasana baru, cabaran baru. Setelah hampir 3 tahun aku menabur bakti berkhidmat di negeri Pulau Pinang, maka telah tiba masanya untuk aku mengakhiri tugasan aku di sini dan menyahut seruan dan arahan untuk berkhidmat di luar negara.
The time has come... The moment has come...
Dalam senario masa kini, aku masih lagi cuba untuk berpijak di alam nyata. Sukar untuk aku mempercayai bahawa dibahuku tergalas satu misi dan harapan yang diletakkan kepada diri ini. Ia memerlukan anjakan paradigma dan peningkatan keyakinan diri.
Pihak pengurusan telah memberikan kepercayaan kepada aku. Mereka telah membuat penilaian dan memilih aku untuk memikul tanggungjawab ini. Keyakinan mereka terhadap kebolehan dan kemampuan aku untuk menguruskan pejabat di luar negara, dan menjalankan segala amanah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Aku merasa bertuah, bersyukur pada Allah SWT dan berterima kasih kepada semua yang menyokong dan yakin terhadapku. Apa yang penting sekarang, aku harus membuat persiapan dari segi fizikal dan juga mental, pertama untuk diri aku sendiri, kedua untuk ahli keluargaku, dan ketiga untuk mereka yang berada disekelilingku. Aku perlu keluar daripada kerangka senario masa kini dan bersedia untuk memasuki dimensi baru, kerangka baru, persekitaran baru dan cabaran baru.
I must gear up and be prepared!!!

Comments