SUSULAN - Isu mendidik anak-anak

Semakin panas topik ini... banyak pendapat diketengahkan berdasarkan pengalaman masing-masing sebagai ibu dan bapa. Ada juga yang menyentuh isu anak hiperaktif seperti yang dialami oleh Yin. Anak hiperaktif memerlukan perhatian khas dan kesabaran yang cukup tinggi oleh ibu dan bapa. Tidak ada ibu dan bapa yang normal yang hendakkan anak yang tidak boleh dikawal, terlalu nakal, tidak sempurna sifat dan sebagainya. Namun itulah kehendak Ilahi. Adalah hikmah di sebalik kejadian-Nya itu. Di sini aku memetik beberapa pendapat yang pada pandangan aku, amat bagus untuk direnungkan bersama...

-------------------------------------------------------

Pendapat ZD - Cukup saya katakan bahawa-model terbaik mendidik anak-anak adalah dari ibu bapa sendiri. Terutamanya ibu. So...wahai ibu-ibu...didiklah anak-anak kita dgn baik sebagaimana anda telah dididik dengan baik. Kalau ada yang kata model so and so adalah yang terbaik- itu semua BOHONG belaka. BOLEH ambil sikit yang baik daripada model itu tetapi secara failasufnya (falsafah+praktikal ) ibu bapalah yang paling ampuh mendidik anak. Simple...create your own model...

Mendidik anak kita itu pula perlu kena dgn diri kita: mengikut dimensi ekonomi-sosial- tahap kecerdikan agama-pemberat tanggungjawab dan banyak lagi.

TERPALING PENTING di sini ialah DOA ibu bapa-lepas solat tu...ikut hirearki-doakan pasangan masing-masing, ibu bapa dan doakan ANAK-ANAK-saya sebut satu-satu nama anak-anak saya-cakap spesifik dgn Allah SWT. Allah SWT akan dengar (sure)...


Pendapat Pn Habibah Othman - Betullah apa yang dikatakan oleh En Muizz tu kalau kita mahukan anak-anak kita menjadi orang baik-baik kenalah pastikan kita sebagai ibu bapa menunjukkan contoh yang baik-baik untuk diikuti oleh anak-anak kita dan kita kena pastikan juga keadaan persekitaran dan orang-orang yang rapat dengan mereka juga menunjukkan contoh yang baik.
Memang bukan mudah kita untuk mendidik anak-anak yang semakin membesar kerana dizaman siber ini banyak sangat gejala-gejala sosial dikalangan muda mudi yang begitu mudah menjadi ikutan mereka, mereka begitu mudah terpengaruh dengan keseronokan

Pada pendapat saya dari kecillah nilai-nilai murni dan asas-asas agama kita kena serapkan kepada mereka dan maklumkan kepada mereka perkara yang betul dan salah, walaupun anak-anak kita tak berapa faham tapi jika kita selalu memberitahu mereka begitu lama kelamaan sampai satu masa mereka akan tahu sendiri mengikut peredaran masa maksud saya umur, kerana apabila mereka sampai ketahap umur yang sesuai kita boleh menerangkan dengan lebih terperinci lagi sehingga mereka faham. Tak salah kalau kita hendak merotan anak-anak ini untuk menunjukkan betapa seriusnya perkara tersebut, tapi perlu ingat merotan anak berpada-padalah dan terangkan kepadanya kenapa dia perlu dirotan dan terangkan juga padanya kerana kita sayangkan dialah dan ingin menjadikan dia anak yang baik. Merotan anak-anak biarlah pada kaki atau tapak kakinya, kerana kawasan disitu keras sedikit dan tidak sakit sangat dan janganlah kita memukul anak-anak selain dari kawasan tersebut kerana ini akan meninggalkan kesan dan sakit yang mendalam. Disamping itu kita sentiasalah berdoa agar-agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang solleh dunia dan akhirat..... .AMIN.


Pendapat En. Muizz - Bercakap tentang mendidik anak-anak ni, memang betul kata En. Yusof. Kita kena mendidik anak-anak dengan kaedah yang betul. Tapi yang paling penting, kita sebagai ibubapa sendiri kenalah juga betul. Jangan ajar anak tidak mungkir janji, tapi kita pulak yang selalu mungkir janji. Ajar anak ikhlas dalam buat sesuatu, tapi kita tidak juga ikhlas dalam buat sesuatu. Ajar anak tepati masa, sedangkan kita banyaknya tidak tepat masa. Ataupun hantar anak pegi ngaji, kita sendiri tak belajar2 betulkan mengaji kita. Mendidik anak-anak sangat penting, tapi mendidik diri kita juga lebih-lebih penting..

Comments