Assalamu'alaikum!
Salam merupakan satu budaya yang diamalkan oleh warga Islam di Qatar, tak kira sama ada mereka "Qatari" (rakyat/warganegara Qatar) mahupun umat Islam berlainan bangsa dan keturunan/asal negara. Sungguh indah budaya ini jika diamalkan di negara Malaysia yang tercinta. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Ukhuwwah Islamiah dan amalan beberapa adat berunsurkan keislaman yang diamalkan di Qatar memang begitu menarik dan unik. Tak sangka negara yang membangun sebegini pesat dalam masa kurang dari 3 tahun, masih teguh mengamalkan budaya Islam dan juga hukum hudud yang menjadi tonggak perundangan di negara ini.
Sudah 5 hari aku berada di Doha ini. Semakin "familiar" dengan budaya dan suasana tempatan. Semakin menyesuaikan diri. Namun, aku begitu rindukan tanahair. Keluarga tercinta, sahabat handai, dan suasana di kampung halaman yang lebih sesuai dengan aku, walaupun Doha ini ada tarikan tersendiri. Pada pendapat aku, Doha adalah sesuai dikunjungi sebagai destinasi percutian sahaja. Bukan satu tempat yang menarik untuk didiami. Walaupun peluang pekerjaan di sini cukup banyak, gaji lumayan, tetapi kos sara hidup juga tinggi. Ini kerana, pasaran mereka terlalu bebas dan kurang ditentukan (regulated) oleh pihak Kerajaan. Harga barangan dan keperluan harian semakin meningkat. Rakyat Qatar dibiayai oleh Kerajaan mereka, manakala warga asing (expatriates) bertungkus lumus bekerja mendapatkan wang dan menjadikan ekonomi mereka lancar. Itu satu pengamatan aku, dan maklumat diterima daripada warga tempatan. Namun demikian, potensi pasaran memang cukup tinggi di sini. Pelbagai jenis produk dan perkhidmatan boleh dipasarkan di Qatar. Apa yang penting, mendapat rakan dagangan yang bagus dan mudah dibawa berunding.
BERSAMBUNG...
NOTA: Gambar tu adalah gaya nak memiliki kapal mewah dengan kondo mewah di belakang tu... saja je eksyen... hehehehehe...
Comments