Hari ini, aku menghabiskan separuh daripada waktu bekerjaku untuk menghadiri satu majlis khas bersama YBhg Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Satu majlis yang ringkas, namun cukup memberikan suntikan motivasi, semangat dan keazaman dalam melaksanakan tugas serta memikul amanah untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
Antara intipati amanat Tan Sri KSN dalam ucapan selama lebih kurang 2 jam setengah itu:
Antara intipati amanat Tan Sri KSN dalam ucapan selama lebih kurang 2 jam setengah itu:
- Menjadi pegawai yang berintegriti, bertanggungjawab, telus (transparent) amanah serta jujur dalam melaksanakan tugas;
- Mengutamakan kepentingan pelanggan/rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira pangkat, kedudukan dan siapa mereka;
- Meneliti prosedur kerja kini dan mengubah/memansuh/menukar kepada yang lebih baik, cekap dan pantas;
- Mengamalkan "sense of urgency" dalam pelaksanaan projek, pembayaran dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat;
- Bersikap terbuka dan praktikal dalam melaksanakan tugas, asalkan tidak melanggar apa-apa peraturan sedia ada dan memastikan kepentingan rakyat terpelihara;
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dengan penggunaan ICT sebagai "enabler" dalam proses kerja;
- Memantau pelaksanaan projek dengan khusus, serta menguatkuasa apa-apa yang difikirkan perlu bagi memastikan projek yang dirancang tidak terbantut;
- Melaksanakan program di bawah RMK-9 dengan penuh tanggungjawab dan memastikan keberkesanan program berkenaan bagi memajukan ekonomi negara.
Comments
Came across your blog when I browsed blog budak '94. Still haven't lose the flair for "sastera" ye ? Anyway, I have linked your blog to mine. Keep it up
-lann 0628892-