Alhamdulillah. Dah masuk 3 hari kita berada di 2007. Nampak gayanya masa terus berjalan dengan pantas. Dunia semakin cepat menuju penghujungnya.
Aku menghadapi 2007 dengan satu dugaan di hari pertama - abang sulung aku dimasukkan ke hospital kerana terkena serangan jantung. Tambah memburukkan lagi, dia juga dikhuatiri menghidap sakit darah tinggi serta kencing manis. Penyakit 3 serangkai. Terus dimasukkan ke CCU selama dua hari untuk pemerhatian dan rawatan lanjut. Aku juga simpati dengan kakak ipar ku yang terpaksa menghadapi kemelut ini dengan anak yang masih bersekolah. Nasib baik kebetulan aku berada di Kuala Lumpur dan sedikit sebanyak menringankan bebanan yang ditanggung dan melawat abang aku di hospital serta menemani/menjaga anak-anak buah aku di rumah. Keluarga aku di kampung juga gempar namun aku sebagai jurulapor/jurucakap berjaya menenangkan mereka agar jangan panik. Aku cuma memohon agar setiap antara mereka mengirimkan doa agar abang cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Aku juga ada tugas dan tanggungjawab sendiri yang perlu dimainkan. Anak sulung aku selamat masuk darjah satu dan didaftarkan semalam. Hari ini dia mula mengikuti program transisi selama seminggu lebih. Diharapkan dia boleh berdikari dan cepat menyesuaikan dirinya. Aku nampak dia semakin bagus menyesuaikan diri dan mendapat sekurang-kurangnya dua orang kawan baru. That's good start. Selapas ini, tugas aku adalah untuk memantau perkembangannya pelajarannya di sekolah dan memberikan sokongan yang cukup tinggi terhadap apa yang dipelajari serta pencapaianya.
Many things to catch up. Resolusi aku bagi tahun 2007 secara ringkas lagi menyeluruh (3 perkara):
1. Mempunyai satu kehidupan seimbang (Have a balanced life) dari semua segi, termasuk kesihatan, kerjaya, kekeluargaan, etc
2. Mengukuhkan ekonomi diri dan keluarga (strenghthening the economy - self & family)
3. Meningkatkan kualiti diri (personal qualities)
Aku jangkakan banyak perkembangan menarik dan mencabar akan terjadi dalam tahun 2007 ini. The first day of 2007 has shown it to me. Justeru, aku kena terus matang dan bijak menangani segala cabaran dan liku2 kehidupan dengan lebih baik, proaktif (memberi respons secara positif dan membina) dan tidak secara reaktif (memberikan reaksi yang negatif).
Aku berdoa agar Allah SWT memberikan kekuatan pada aku untuk menempuh segala-galanya...

Comments